SEBERANG JAYA: DAP bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan Akta Parlimen Berpenggal di negara ini.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia kerana, saranan tersebut adalah baik untuk mengurangkan masalah atau isu politik yang timbul dalam tempoh satu penggal Parlimen.
Menurutnya, bagaimanapun, pelaksanaan RUU tersebut perlu diperhalusi sebelum ia diluluskan.
"RUU penggal tetap Parlimen ini memang kita bersetuju bahawa dari segi prinsipnya adalah baik kerana ia mengurangkan masalah atau isu-isu politik dalam tempoh Parlimen itu.
"Namun begitu, dari segi pelaksanaannya perlu lah dilihat dengan lebih teliti," katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa.
Anthony sebelum itu menghadiri majlis menandatangani memorandum antara Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dengan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) bagi pembangunan di atas sebahagian Lot 286, 65 dan 67 Bandar Perai.
Turut hadir, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.
Tambah beliau, RUU penggal tetap Parlimen pernah dilaksanakan di United Kingdom yang mana, dalam tempoh lima tahun ini, ia tidak boleh dibubarkan sewenang-wenangnya oleh Perdana Menteri sebaliknya perlu dibawa ke Dewan Negara.
"Jika ada apa-apa keputusan untuk membubarkan Parlimen, ia perlu dibawa ke Dewan untuk diputuskan oleh ahli-ahli Parlimen.
"Bagaimnaapun, perkara ini masih dalam peringkat kajian. Saya yakin, pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said akan mmbawa cadangan itu ke Kabinet," katanya.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan satu RUU penggal tetap Parlimen perlu diwujudkan agar pembentukan sesebuah kerajaan kekal sehingga akhir penggal atau sebelum PRU seterusnya diadakan.
Ahmad Zahid berkata, langkah itu juga dapat menjamin kestabilan negara memandangkan kerajaan tidak diganggu oleh percaturan ahli politik demi kepentingan dan agenda masing-masing.
Penetapan penggal Parlimen bermaksud tarikh pembubaran Parlimen ditetapkan undang-undang di mana Dewan Rakyat tidak boleh dibubarkan sebelum tarikh ditetapkan undang-undang.
Sebelum itu, Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pernah mencadangkan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memastikan tempoh lima tahun antara pilihan raya umum, sekali gus mewujudkan tempoh tetap bagi Parlimen.
Dalam perkembangan lain, Anthony yang juga Menteri Pengangkutan menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kaum India tidak setia kepada negara sebagai satu kenyataan mendukacitakan.
Menurutnya, kenyataan itu juga dilihat telah menyinggung perasaan semua kaum di negara ini khususnya kaum India.
"Kenyataan itu amat mendukacitakan kerana semua pihak yang cintakan negara tidak setuju dan langsung tidak menyokong kenyataan beliau itu. Ini kerana, ia satu kenyataan yang menyakitkan hati khususnya kaum India.
"Tidak sepatutnya seorang pemimpin dan bekas negarawan untuk mempersoalkan kesetiaan mana-mana kaum kepada negara.
"Saya amat kesal dengan sikap Tun kerana ketika beliau menjadi Perdana Menteri keempat dahulu, beliau pernah membawa satu visi yang bagi saya adalah sangat baik untuk menyatupadukan rakyat Malaysia iaitu Wawasan 2020," katanya.
Sebelum ini, Tun Mahathir mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana mereka masih 'terikat' dengan negara asal mereka.
Mahathir berkata, seseorang itu harus dikenali sebagai orang Melayu untuk berhak bagi menganggap Malaysia sebagai negara sendiri. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 16 2024
Anthony Loke berkata, ia kerana saranan tersebut adalah baik untuk mengurangkan masalah atau isu politik yang timbul dalam tempoh satu penggal Parlimen. -Foto Sinar Harian
[TERKINI] Tempoh reman pemandu wanita langgar mati pelajar UITM dilanjutkan
Polis mendapat kebenaran Mahkamah Majistret Dungun Terengganu untuk melanjutkan tempoh tahanan reman selama dua hari lagi ke atas seorang pemandu wanita yang dipercayai merempuh motosikal sehingga menyebabkan kematian pelajar Uitm Rabu lepas.
3 ahli dikaitkan GISBH didakwa eksploitasi, amang seksual
Tiga ahli yang dikaitkan dengan GISBH dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor atas tuduhan eksploitasi dan amang seksual fizikal.
Warga Bangladesh cedera dalam kebakaran kilang meninggal dunia
Dua daripada tiga pekerja warga Bangladesh yang cedera dalam kebakaran di gudang di Iskandar Puteri Khamis lepas disahkan meninggal dunia.
Agong, Permaisuri berangkat ke Brunei untuk lawatan negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat ke negara Brunei Darussalam bagi memulakan lawatan negara bermula hari ini.
Belanjawan 2025 disaran tumpu pulih sistem pendidikan
Kerajaan disaran mempertimbang beberapa inisiatif bagi memberi tumpuan dalam usaha memulihkan sistem pendidikan negara dalam Belanjawan 2025.
Menerusi satu kenyataan, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata antara perkara yang perlu dipertimbang ialah meningkatkan akses pendidikan awal kanak-kanak serta menambah peserta program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
Menerusi satu kenyataan, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata antara perkara yang perlu dipertimbang ialah meningkatkan akses pendidikan awal kanak-kanak serta menambah peserta program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati dan kekal tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan dalam persekitaran kebimbangan terhadap ekonomi China dan risiko geopolitik dan menjelang Belanjawan 2025.
Agong tiba di Brunei untuk lawatan negara tiga hari
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di Bandar Seri Begawan bagi memulakan lawatan negara ke Brunei selama tiga hari bermula hari ini.
Kes pelajar tahfiz: Polis tahan tiga beradik bantu siasatan
SAC Mohd Razali berkata, kesemua tangkapan merupakan adik-beradik berusia lingkungan 13, 15 dan 20 tahun itu dan ditahan pada Jumaat lalu.
Selamat ulang tahun Ultras Malaya, Lekir undur diri
Capo Ultras Malaya, Mohd Ridzuan Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Lekir mengucapkan selamat tinggal buat Ultras Malaya selepas 17 tahun bersama.
'Terima kasih rakyat Malaysia, dana sudah cukup' - Ibu kanak-kanak hidap kanser ovari
Kutipan dana yang telah mencecah kira-kira RM105,000 setakat Ahad akan digunakan untuk kos rawatan kemoterapi yang seterusnya untuk kanak-kanak berusia 19 bulan itu.
Peruntukan RM79.2 juta bagi perkhidmatan SBST di Kuching - Loke
Sistem pengangkutan awam yang bakal bermula tahun hadapan itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti GPS dan mesra OKU.
Pembinaan ECRL ikut jadual, tahap kemajuan 72 peratus - Anthony
Kemajuan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Lembah Klang dengan Pantai Timur, telah mencapai 72.93 peratus setakat September.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
VEP: Jumlah kenderaan dari Singapura ke Malaysia kembali normal - Loke
Jumlah kenderaan dari Singapura yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor dan Linkedua kembali normal susulan penguatkuasaan Permit Masuk Kenderaan (VEP).
Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching
Liew Chin Tong sedia berundur daripada jawatannya sebagai Pengerusi DAP Johor untuk memberi ruang kepada timbalannya, Teo Nie Ching.
Anthony Loke kekal Pengerusi DAP Negeri Sembilan
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke kekal menerajui kepimpinan DAP Negeri Sembilan selepas sebulat suara dipilih sebagai pengerusi bagi penggal 2024-2027.
Kementerian Pengangkutan perketat operasi bersepadu kenderaan berat
Kementerian Pengangkutan akan terus mengetatkan dan memperluas operasi bersepadu kenderaan berat termasuk lori.
Malaysia sertai CAEXPO 2024 sebagai negara tetamu kehormat
Ekspo berkenaan menampilkan Pavilion Malaysia yang menyaksikan penyertaan 150 organisasi termasuk 10 kementerian dan agensi kerajaan.
Kerajaan akan pinda undang-undang untuk kenderaan tanpa pemandu
Menurut Anthony Loke, dasar itu penting bagi menjamin keselamatan dan keberkesanan kenderaan tanpa pemandu itu sebelum ia dikomersialkan.
Bidaan nombor plat 'EV' untuk kenderaan ZEV dibuka hari ini
Loke berkata keputusan bidaan nombor plat itu akan diumumkan dalam tempoh 24 jam selepas proses bidaan tamat 10 malam pada 13 Sept.