GEORGE TOWN: DAP tidak mempunyai dasar tetap mengenai calon daripada parti itu untuk bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Bagaimanapun, beliau berkata jawatankuasa parti negeri boleh membuat syor untuk seseorang calon itu bertanding dua kerusi dalam pilihan raya.
"Memang selama ini tidak ada dasar tetap berhubung perkara ini, ada negeri-negeri tertentu memang ada calon bertanding di kedua-dua kerusi (Parlimen dan DUN), ini tertakluk kepada keadaan setiap negeri. Jawatankuasa negeri boleh membuat syor (calon bertanding dua kerusi),'' katanya di sini hari ini.
Sementara itu beliau berkata DAP negeri, dalam masa terdekat akan mengadakan semula temu duga dengan para penyandang daripada parti itu untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Chow berkata tujuan sesi temu ramah bersama semua penyandang itu adalah untuk mengemas kini serta mendengar pandangan penyandang kerusi daripada DAP.
Di samping itu, Chow yang juga Ketua Menteri berpendapat persaingan satu lawan satu sewajarnya berlaku dalam PRN kali ini bagi meminimumkan jumlah calon bertanding kehilangan wang deposit.
''Pada pilihan raya lepas kita, melihat pertembungan banyak penjuru dan ada calon yang hilang deposit.
''Oleh itu, kami berharap pada PRN ini, berlaku persaingan satu lawan satu,'' katanya ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan berlaku pertandingan lebih daripada satu penjuru dalam PRN di negeri ini, susulan tindakan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengesahkan bertanding secara sendirian dalam PRN enam negeri yang akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023
DAP tidak mempunyai dasar tetap mengenai calon daripada parti itu untuk bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow. - Foto BERNAMA
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.