UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Dari pemandu penghantaran jadi wira Milan

Messias berpindah ke Itali untuk bekerja sebagai pemandu penghantaran sebelum berkecimpung dalam bola sepak Itali pada usia lewat 20-an.

Astro Arena
Thu Nov 25 2021
Dari pemandu penghantaran jadi wira Milan
Messias (kiri) menanduk masuk hantaran lintang Franck Kessie ke penjuru bawah gawang yang dikawal Jan Oblak di Wanda Metropolitano itu pada minit ke-87 untuk menjamin kemenangan tipis Milan. - Foto Astro Arena
PENGURUS  Milan, Stefano Pioli, memuji kisah indah Junior Messias yang memasuki tahun ketiga sebagai pemain profesional apabila menjaringkan gol kemenangan Rossoneri dalam kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid, awal pagi tadi.

Messias, 30, berpindah ke Itali untuk bekerja sebagai pemandu penghantaran sebelum berkecimpung dalam bola sepak Itali pada usia lewat 20-an.
 
Dia menanduk masuk hantaran lintang Franck Kessie ke penjuru bawah gawang yang dikawal Jan Oblak di Wanda Metropolitano itu pada minit ke-87 untuk menjamin kemenangan tipis Milan, sekali gus menghidupkan semula kempen mereka untuk layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL).

Messias dipinjam daripada Crotone, lantas Pioli memberi gambaran wira mereka itu mungkin mempunyai masa depan yang cerah di San Siro.

 
"Kisahnya sangat menarik," kata Pioli kepada Amazon Prime Video Italia.
 
“Tetapi saya rasa ini baru satu permulaan untuknya memandangkan dia memiliki kualiti tinggi.

"Dia mengalami beberapa kesukaran ketika mula-mula tiba tetapi kini benar-benar akan membantu pasukan."

Milan akan berdepan juara Kumpulan B, Liverpool, dalam perlawanan seterusnya sambil Porto dan Atletico turut berpeluang untuk mengiringi The Reds.
 
Pioli tidak kesal dengan cara sambutan jaringan Messias itu apabila berkata: "Adalah wajar untuk meraikan pemain saya kerana mereka telah mempamerkan satu persembahan yang mengagumkan.
 
“Mereka bermain dengan kualiti dan keberanian, mereka sentiasa percaya kepada diri mereka sendiri dan ketika ini saya meraikannya bersama mereka.
 
"Ini adalah jalan yang tepat dan malam ini kami melihat satu persembahan penting mengenai kematangan pasukan ini."
 
Ralam sejawatannya di kelab Sepanyol itu, Diego Simeone, pula menolak kekecewaan keputusan itu dan sudah pun memusatkan tumpuannya kepada perlawanan terakhir Kumpulan B bertemu Porto, dua minggu lagi.
 
Kemenangan ke atas Porto akan memastikan tempat Atletico ke peringkat kalah mati sekiranya Milan gagal menewaskan Liverpool, lantas Simeone memberitahu wartawan: "Saya optimis, saya sentiasa begitu dan tidak akan berubah.
 
"Pasukan akan bersaing dengan baik. Saya tidak ragu-ragu bahawa UCL tidak mempunyai belas kasihan, dan siapa yang melakukannya akan mara.
 
"Milan boleh menang di tempat sendiri sementara Porto akan bermain di tempat sendiri sedangkan kami perlu bertandang ke tempat lawan. Siapa yang layak akan menang."

#Liga Juara-Juara#UCL#AC Milan
Perancis sekat Malaysia ke separuh akhir Piala Dunia Remaja 2021

Perancis sekat Malaysia ke separuh akhir Piala Dunia Remaja 2021

Impian Malaysia untuk memperbaiki pencapaian terbaik tempat keempat pada Piala Dunia Remaja sebelum ini tidak kesampaian apabila skuad hoki negara tewas 0-4 kepada Perancis.
Demi Cinta | Suami bina replika Taj Mahal untuk isteri

Demi Cinta | Suami bina replika Taj Mahal untuk isteri

Demi cinta mendalam terhadap isteri, seorang lelaki dari Madhya Pradesh di India sanggup membina replika ikonik Taj Mahal versi mini untuk dihadiahkan kepada wanita itu sebagai simbol cintanya. Anand Prakash Chouksey, 52, membina istana marmar seluas 929 meter persegi itu buat isterinya Manju Shah, 48, yang juga seorang guru.
Malaysia  layak ke separuh akhir Skuasy Berpasukan Asia  2021

Malaysia layak ke separuh akhir Skuasy Berpasukan Asia 2021

Skuad lelaki dan wanita negara meneruskan momentum kemenangan pada hari kedua apabila mengesahkan tempat ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2021.
COVID-19 | Tiada keperluan tunda sidang Parlimen

COVID-19 | Tiada keperluan tunda sidang Parlimen

Tiada keperluan untuk menunda sidang Dewan Rakyat ketika ini untuk mengelakkan berlakunya penularan COVID-19 di bangunan Parlimen. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata ini kerana pihaknya sudah mempunyai pengalaman dalam menangani kes positif COVID-19 atau kluster baharu yang wujud di negara ini.
COVID-19 | Tiada varian Omicron, pantau penjujukan genom

COVID-19 | Tiada varian Omicron, pantau penjujukan genom

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba mengesahkan tiada varian Omicron COVID-19 di Malaysia setakat ini.
[TERKINI] COVID-19 | 65 pelajar Sekolah Seri Puteri positif COVID-19

[TERKINI] COVID-19 | 65 pelajar Sekolah Seri Puteri positif COVID-19

Seramai 65 pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya yang positif dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada Rabu. Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, kes dikesan di sekolah tersebut selepas seorang guru disahkan positif COVID-19.
COVID-19 | KPM optimis saringan di sekolah akan lebih teratur

COVID-19 | KPM optimis saringan di sekolah akan lebih teratur

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata kebanyakan pelajar dilihat sudah biasa menggunakan kit ujian saringan kendiri COVID-19 berdasarkan pemerhatiannya di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Sri Damansara 3 pada Rabu.
65 pelajar SBP Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya disah positif COVID-19

65 pelajar SBP Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya disah positif COVID-19

Seramai 65 pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya dijangkiti COVID-19.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Disember 2021.
Kerajaan teruskan program pembangunan francais mikro dan mampu milik

Kerajaan teruskan program pembangunan francais mikro dan mampu milik

Kerajaan berhasrat meneruskan program pembangunan francais mikro dan mampu milik pada tahun hadapan, di samping memastikan lebih ramai menerima manfaatnya terutama dari kumpulan B40 dan M40.
Dari pemandu penghantaran jadi wira Milan

Dari pemandu penghantaran jadi wira Milan

Messias berpindah ke Itali untuk bekerja sebagai pemandu penghantaran sebelum berkecimpung dalam bola sepak Itali pada usia lewat 20-an.