Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar memberi amaran untuk menarik balik darjah kebesaran Dato' yang dikurniakan almarhum ayahanda baginda, sekiranya individu yang menerima gelaran itu gagal menghadiri Hari Hol, setiap tahun.
Baginda bertitah amaran itu dikeluarkan berikutan terdapat segelintir daripada penerima darjah tersebut tidak menghadiri Hari Hol sebelum ini, biarpun ia diisytiharkan cuti umum di Johor sebagai memperingati kemangkatan Sultan Iskandar.
Baginda bertitah ketidakhadiran sesetengah penerima darjah itu melambangkan mereka tidak sanggup berkorban masa untuk memperingati ayahanda baginda dan tidak berminat untuk terus menjunjung kurniaan darjah tersebut.
Oleh itu, baginda bertitah adalah lebih baik jika darjah yang diterima dikorban atau dipulangkan secara hormat sebagaimana mereka menerimanya dahulu.
"Jika tidak, saya akan mengumumkan nama-nama penerima yang darjahnya ditarik balik, tidak kira sama ada penerima itu seorang menteri, jeneral atau bekas jeneral.
"Tindakan akan diambil kepada semua penerima yang gagal hadir," titah baginda bersempena Hari Ulang Tahun Ke-51 Rejimen Gerak Khas di Kem Iskandar di sini hari ini.
Turut berangkat hadir pada majlis itu ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Tunku Temenggong Johor Tunku Idris; Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.
Hari Hol yang disambut pada 6 Safar setiap tahun kebiasaannya meliputi majlis tahlil dan istiadat ziarah makam Almarhum Sultan Iskandar.
Dalam perkembangan lain, Sultan Ibrahim yang merupakan Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas turut mengingatkan semua anggota komando agar tidak terjebak dengan kegiatan jenayah dan ajaran ekstremis agama yang boleh mencemarkan nama baik rejimen berkenaan.
"Tidak kira sama ada ketika masih berkhidmat ataupun setelah bersara kelak, jagalah nama baik Gerak Khas sepanjang masa.
"Tunjukkan kepada masyarakat bahawa anggota komando adalah seorang yang berdisiplin tinggi dan berbudi pekerti yang baik," titah baginda .
Sultan Ibrahim bertitah sepanjang 51 tahun penubuhan rejimen itu, ia telah mencapai pelbagai kejayaan yang boleh dibanggakan, meskipun tidak juga lari daripada kegagalan dan kesilapan.
"Bersandarkan kepada pengalaman itu, kita harus berfikir jauh ke hadapan, tentang strategi untuk memperkukuhkan rejimen Gerak Khas, kecemerlangan yang mesti dikekalkan, cabaran yang perlu dihadapi serta kelemahan yang harus diatasi.
"Dalam dunia moden masa kini, kita tidak boleh terus menggunakan strategi dan taktik lama serta bergantung kepada peralatan lama, lapuk dan ketinggalan zaman," titah baginda.
Bernama
Thu Aug 04 2016
Sultan Ibrahim bertitah, ketidakhadiran sesetengah penerima darjah itu melambangkan mereka tidak sanggup berkorban masa untuk memperingati ayahanda baginda. - Gambar fail
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Darjah kebesaran Dato' Johor ditarik balik jika penerima gagal hadiri Hari Hol
Amaran itu dikeluarkan berikutan terdapat segelintir daripada penerima darjah tersebut tidak menghadiri Hari Hol sebelum ini, biarpun ia diisytiharkan cuti umum di Johor.