KUALA LUMPUR: Perisytiharan darurat sama sekali tiada kaitan dengan politik atau untuk membolehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya langkah itu bagi membolehkan isu COVID-19 diuruskan secara berkesan dan segera.
Ketika menjelaskan kedudukan sebenar darurat yang diisytiharkan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas nasihat Perdana Menteri, Muhyiddin berkata beliau tetap berpegang pada janji bahawa darurat akan ditamatkan lebih awal daripada tarikh 1 Ogos jika pandemik COVID-19 berjaya dibendung.
"...kalau boleh selesai awal (dan) jawatankuasa khas bebas yang ditubuhkan kata dah boleh (tamat), saya ikut sahajalah... Kita pun tak nak selama-lama dikongkong oleh peraturan sebegini," kata Muhyiddin semasa wawancara khas bersama Bernama dan beberapa organisasi media sempena setahun beliau memegang jawatan perdana menteri di kediamannya di Bukit Damansara, di sini.
Muhyiddin berkata melalui Ordinan Darurat, kerajaan boleh mencadangkan pindaan-pindaan terhadap beberapa akta atau perkara-perkara baharu yang ingin dibuat dalam bentuk ordinan tanpa menunggu proses melalui Parlimen dan mengambil masa yang lama.
"Jadi saya sebutkan ini bukan makna darurat tu untuk darurat supaya saya boleh duduk lama jadi Perdana Menteri, saya pun tak tahu parti mana sekarang yang mempunyai jumlah kerusi yang lebih besar daripada saya, dulu adalah contoh nak tunjukkan tapi tak terbukti.
"Saya yakin bahawa saya mempunyai sokongan yang besar. Saya yakin kedudukan saya ini mengikut Perlembagaan. Sah di sisi undang-undang. Saya tak boleh duduk sebagai Perdana Menteri haram. Saya buat kerja betul, tu sebabnya. Jadi saya tak bimbang itu.
"Tapi pengisytiharan darurat ni bukan soal politik, ada orang politik faham sebab politik, tidak. Politik tiada penggunaan darurat, tapi COVID ini perlukan darurat... Jadi saya harap rakyat faham, bukan pasal soal takut tak dapat majoriti di Parlimen," katanya.
Muhyiddin berkata Pilihan Raya Umum ke-15 akan diadakan bila tiba masa yang sesuai kerana apa yang penting sekarang ialah kerajaan perlu menyelesaikan isu pandemik COVID-19 terlebih dahulu yang sehingga kini menjangkiti hampir 300,000 orang di seluruh negara dan menyebabkan lebih 1,000 kematian.
"... yang mustahak kita selesaikan ini (COVID) dahulu, apabila selesai, saya tak nak tunggu sehari pun...bukan kita bimbang apa-apa pun...," katanya.
Jangkitan COVID-19 mula melanda negara pada 25 Jan tahun lepas dengan gelombang pertama melibatkan kes-kes import manakala gelombang kedua pada akhir Februari 2020. Kes jangkitan COVID-19 memasuki gelombang ketiga pada pertengahan September 2020 selepas Pilihan Raya Negeri Sabah.
Berikutan kes gelombang ketiga yang sehingga kini melonjak naik dari puluhan ke ribuan kes sehari, Perdana Menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat. Pada 12 Jan, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos.
Proklamasi darurat itu adalah sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Al-Sultan Abdullah turut berkenan dengan cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang dianggotai oleh Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan, yang akan mengesyorkan kepada Seri Paduka sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal.
Berikut adalah antara sedutan soalan dan jawapan temu bual bersama Perdana Menteri.
S: Perisytiharan darurat untuk mengawal COVID-19 terus menjadi bahan politik termasuk daripada rakan sekutu dalam Kerajaan PN sendiri, kononnya kerajaan terpaksa memohon darurat kerana sudah hilang sokongan majoriti di Parlimen. Apa komen Tan Sri?
J: Ya, satu kita buat keputusan untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong atas sebab-sebab yang agak berpatutan dan sesuai untuk masa ini. Kalau ingat masa kita nak buat yang pertama, Baginda tak berkenan, tapi yang kedua ni Baginda berkenan. Kenapa? Kerana situasi COVID yang cukup membimbangkan kita, sekarang pun masih membimbangkan kita. Sebab itu kita minta supaya diisytiharkan darurat, supaya dengan darurat tu kita boleh menggunakan peruntukan Ordinan Darurat untuk menguruskan masalah COVID secara lebih cepat, kerana dengan ada Ordinan Darurat, kerajaan boleh mencadangkan pindaan-pindaan kepada beberapa akta atau pun perkara-perkara baharu yang nak dibuat dalam bentuk ordinan, dibawa kepada Kabinet, kemudian dibawa kepada Agong.
Agong berkenan, esok diwartakan, boleh jalan. Kalau nak tunggu proses Parlimen, boleh juga, tapi biasanya ia akan mengambil masa yang panjang, sedangkan COVID ini tak boleh tunggu esok, dia kena selesai hari ini.
Sebab itu bila kita buat keputusan untuk kuatkuasa kita dah pinda dah Akta 342, Akta 446. Akta 342 berkenaan dengan kesihatan umpama kalau dulu maksimum denda RM1,000, besar kecil RM1,000 sahaja, dah pinda dah boleh naik sampai RM10,000 atau kalau melibatkan syarikat dan seumpamanya boleh sampai RM50,000. Itu tujuan apa? Untuk mengekang, jangan ada pelanggaran untuk penguatkuasaan dan sebagainya.
Atau dulu tentera tak boleh tangkap, kalau dia nak bantu polis dia tak boleh buat apa-apa, jadi kita berikan kuasa untuk dia boleh menahan dan menangkap ikut kuasa polis yang ada. Kemudian kalau zaman biasa, macam sekarang ni zaman luar biasa susah, hospital kita sampai peringkat orang kata nak pecah, kapasiti tak boleh mampu nak tampung, jadi kita nak buat macam mana? Kita bina hospital sementara, MAEPS misalnya, dengan kuasa yang ada ni, kita boleh ambil alih secara sementara hospital swasta dan kalau hospital termasuklah dengan katil dia, alatan dia, doktor-doktor dia, jururawat dia. Boleh, kalau ada ini (kuasa ordinan), ini sebab kita gunakan itu. Tapi bagusnya di negara kita ni walaupun ada akta tu, mereka bersedia secara sukarela. Jadi sekarang ni kita dapat 1,300 katil tambahan, kalau nak buat 1,300 cuba kira berapa juta kita nak belanja.
Kita boleh gunakan ambulans, ambulans ni takkan dia nak bagi, tapi kerana akta darurat, dia boleh gunakan itu. Jadi banyak lagi perkara-perkara yang kita dah buat dan bila kita dapati antara perkara yang menjadi masalah besar kita dalam COVID ini ialah kerana majikan tak ikut undang-undang Akta 446, apa dia Akta 446? Itu di bawah sumber manusia, dalam Kementerian Sumber Manusia ada akta yang mewajibkan majikan mesti sediakan tempat tinggal yang bersesuaian. Hampir 70 peratus tak ikut itu. Bila tiada COVID tak tahulah, bila ada COVID tak ikut, itu melecup naik sana, naik sini.
Now kita dah pinda sikit akta tu, boleh ambil tindakan cepat. Yang akan kita kemukakan pada Agong untuk perkenan sekarang ini ialah tentang fake news berkenaan COVID. Dalam masa seminggu kita draf akta, AG (Peguam Negara) buat semua sekali, lulus oleh Kabinet, nanti bawa pada Agong, kalau Agong berkenan, tandatangan, diwartakan, bermakna kalau ada orang cerita macam-macam pasal COVID yang berita palsu, jadi pihak yang ada kuasa boleh menahan, menangkap atau ambil tindakan segera.
Jadi saya sebutkan ini bukan makna, darurat tu untuk darurat supaya saya boleh duduk lama jadi Perdana Menteri. Saya pun tak tahu parti mana sekarang yang mempunyai jumlah kerusi yang lebih besar daripada saya, dulu adalah contoh nak tunjukkan tapi tak terbukti. Saya yakin bahawa saya mempunyai sokongan yang besar.
Saya yakin kedudukan saya ini adalah sah di sisi undang-undang. Legal. Saya tak boleh duduk sebagai PM haram. Saya buat kerja betul, tu sebabnya. Jadi saya tak bimbang itu. Tapi pengisytiharan darurat ni bukan soal politik. Ada orang politik faham sebab politik, no (tidak). Politik tiada penggunaan darurat, tapi COVID ini perlukan darurat.
Dengan adanya kuasa Ordinan Darurat, maka kita boleh bertindak secara lebih berkesan, bila dah selesai esok, tak perlu lagilah. Kalau darurat yang dahulu, sepanjang masa darurat, tiada tempoh masa. Saya bagi sampai 1 Ogos, tapi kalau boleh selesai awal, Jawatankuasa Khas Bebas yang dah ditubuhkan kata dah boleh (tamat), saya ikut sahajalah.
Bukan saya nak duduk sepanjang dua tahun pasal kalau dulu darurat sampai dua tahun. Kita tak perlu itu. Bila kita gunakan untuk tujuan dah selesai, balik semula (seperti biasa). Kita pun tak nak selama-lama dikongkong oleh peraturan sebegini. Sebab itu tujuan saya ialah bukan itu. Jadi saya harap rakyat faham, bukan pasal soal takut tak dapat majoriti di Parlimen.
Dulu orang cabar saya, pergi ke Parlimen, dia kata tak dapat majoriti, 27 kali Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) kita diluluskan. Saya bukan nak mendabik dada, itu rekod di Parlimen dulu, Bajet 2021 lulus. Kalau tak dapat majoriti macam mana dapat kelulusan. Jadi saya harap rakyat jangan ragu, kerana saya tahu kedudukan saya, dan saya hanya menjalankan tugas, amanah untuk menjaga rakyat, ini yang saya buat sekarang.
S: Pakar epidemiologi berkata kira-kira setahun selepas vaksin diambil, barulah kehidupan kita kembali normal. Adakah Tan Sri melihat kemungkinan Pilihan Raya Umum diadakan tahun ini? (Epidemiologists say it will take about a year after the start of vaccination before normal life is back to order. Do you foresee the General Election being held this year?
J: Ia bergantung kepada semua perkara itu. Perkara pertama tentunya untuk melihat bagaimana kita boleh mengurus COVID. (It will be subject to all those thing. First thing first of course to see that we can manage COVID). Kalau COVID tu sudah landai, dikatakan negara sudah terselamat, daripada wabak ini, itu yang kita harapkan.
Itu yang pertama. Soal yang kedua, darurat akan ditamatkan tu, tertakhluk kepada apa yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Bebas yang memang tujuannya satu sahaja, bila dapat maklumat darurat boleh tamat daripada pihak kesihatan, semua dah OK, kat luar sebahagian besar dah kena suntik ataupun kalau tak semua suntik, dia dah turun ke satu kadar, katalah dua digit. Lepas tu laporan pakar, epidemitologist kata ini Malaysia dah clear, dah ok, kita tamatkan.
Bukan kerajaan yang akan putuskan. Jawatankuasa itu yang akan menasihat Agong, that now that is over, we can end the darurat, back to normal.
And then soal ketiga tadi, bila PRU (Pilihan Raya Umum) ? kalau ikut perlembagaan bila mana kerajaan yang mentadbir negara sekarang berpendapat perlu adakan PRU, maka Perdana Menteri yang akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk minta supaya Parlimen dibubarkan, itu cara dalam perlembagaan, jadi bila dinasihat, maka Agong nanti perkenan, maka barulah Parlimen dibubarkan.
The question is when? You boleh jawab? Jadi bila sampai masa yang sesuai, sebab tu first thing first let settle this COVID first, pasal dulu apa berlaku di Sabah? Kita tak kisah pasal undang-undang kita kata perlu adakan pilihan raya (negeri), maka sampai sekarang pun (COVID) tak settle lagi, lepas tu ada by-election lagi di sana, iaitu di Bugaya, lepas tu di Batu Sapi, pasal takut COVID kita gantung, itu cerita dia, jadi yang mustahak kita settle this first, when we done with, saya tak nak tunggu sehari pun. Bukan kita bimbang apa-apa pun, itu paling mustahak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 28 2021
Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Wawancara Khas Bersama Perdana Menteri dengan beberapa organisasi media sempena setahun beliau menjadi perdana menteri di kediamannya di Bukit Damansara, di sini. - Foto BERNAMA
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Pas tidak anggap Kuala Kubu Baharu kubu kuat DAP, yakin rampas
Pas tidak menganggap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai kubu kuat DAP menjelang pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 11 Mei depan.
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
Narendra Modi, pembangkang tamat kempen Pilihan Raya India
Menuju pilihan raya umum, Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin parti pembangkang utama Kongres Rahul Gandhi dan Priyanka Gandhi menamatkan kempen pada Rabu.
Kes kematian di Indonesia meningkat
Kes kematian akibat demam denggi di Indonesia semakin membimbangkan apabila mencatatkan peningkatan 179.4 peratus bersamaan 475 mangsa berbanding 170 nyawa terkorban dalam tempoh sama, tahun lalu.
Siti Nurhaliza bakal tampil persembahan cinta setinggi awan Ogos ini
Konsert ini akan diadakan pada jam 8.30 malam di Arena of Stars dan bakal membawa konsep Love in the Sky atau Cinta di Awan.
Enam ditangkap, tiga lagi dikesan terlibat rompakan emas terbesar
Pihak berkuasa Kanada dan Amerika Syarikat mengumumkan enam individu telah ditangkap manakala tiga lagi sedang dikesan berhubung rompakan emas terbesar dalam sejarah Kanada pada Rabu.
Pas tidak anggap Kuala Kubu Baharu kubu kuat DAP, yakin rampas
Pas tidak menganggap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai kubu kuat DAP menjelang pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 11 Mei depan.
LPP akan mohon kuota tambahan beras putih tempatan
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memohon kuota tambahan beras putih tempatan (BPT) sekiranya jumlah yang diperuntukkan tidak mencukupi.
Papagomo kemuka representasi gugur tuduhan kes hasutan kaitkan kerajaan pro Israel, Barat
Papagomo mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan Barat.
Kuasa Agong isytihar darurat tidak boleh diadili oleh mahkamah
Kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam mengisytiharkan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah perkara yang tidak boleh diadili oleh mahkamah.
Sekurang-kurangnya 99 terbunuh dalam kebakaran hutan di Chile
Sekurang-kurangnya 99 terbunuh manakala 1,600 orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran hutan melanda Wilayah Valparaiso, Chile.
10 maut dalam kebakaran hutan di Chile
Seramai 10 orang terbunuh dalam kebakaran hutan di tengah dan selatan Chile, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik pihak berkuasa tempatan.
Myanmar lanjutkan darurat selama enam bulan
Pemangku Presiden U Myint Swe mengisytiharkan lanjutan tempoh darurat selama enam bulan lagi semasa mesyuarat NDSC pada Rabu.
Darurat Ecuador: Tentera giat cari 'lubuk' pengganas
Presiden Daniel Noboa juga telah mengisytiharkan darurat selama 60 hari dan menamakan 22 kumpulan sebagai kumpulan pengganas.
3 maut dalam ribut di tenggara AS, Florida isytihar darurat
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam cuaca buruk yang melanda sebahagian besar kawasan Tenggara Amerika Syarikat, pada Selasa.
Kesahihan darurat: Rayuan Badan Peguam rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Badan Peguam Malaysia untuk merujuk isu perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020 kepada Mahkamah Persekutuan.
Ribut Ciaran: Itali umum darurat di lima wilayah di Tuscany
Darurat diterima pakai di wilayah Florence, Livorno, Pisa, Prato dan Pistoia susulan cuaca ekstrem sehingga menyebabkan banjir di beberapa kawasan.
Kemarau, kebakaran hutan: Bali isytihar darurat selama dua minggu
Bali mengisytiharkan darurat selama dua minggu susulan kebakaran hutan tanah gambut dan kemarau melanda pulau itu.
Peru lanjutkan tempoh darurat akibat cuaca ekstrem
Peru memutuskan untuk melanjutkan tempoh darurat selama 60 hari di kebanyakan kawasan berikutan cuaca ekstrem yang disebabkan oleh El Nino dan hujan bermusim.