awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Helikopter JBPM mula digunakan, kebakaran tanah gambut di Kota Tinggi terkawal
Lori 'Black Maria' bawa 10 OKT terbalik di Rembau
India sahkan hanya dua kes virus Nipah di Bengal Barat sejak Disember
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Darurat tidak semestinya dilaksanakan di seluruh negara - Prof Dr Mohd Azizuddin

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/10/2020
12:17 MYT
Darurat tidak semestinya dilaksanakan di seluruh negara - Prof Dr Mohd Azizuddin
Mohd Azizuddin berkata, pengisytiharan darurat adalah jalan terakhir dalam menyelesaikan sesuatu isu dalam negara. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Pengisytiharan perintah darurat boleh dilakukan sekiranya negara berdepan dengan isu keselamatan dalam negeri, ketidakstabilan ekonomi atau ketenteraman awam.
Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, dalam keadaan negara ketika ini, darurat kesihatan adalah lebih sesuai dilaksanakan berbanding atas sebab krisis politik.
"Jadi, kalau dikatakan isu krisis politik ketika ini yang berlaku, saya rasa masih belum lagi mencukupi ketiga-tiga perkara tersebut.
"Jadi, darurat tidak sepatutnya diisytiharkan berdasarkan krisis politik yang ada sekarang, namun jika COVID-19, ya, itu adalah krisis yang mendesak dan ada kemungkinan diisytiharkan darurat sebab banyak negara ketika ini mengisytiharkan darurat atas dasar COVID-19," katanya kepada Astro AWANI dalam temu bual menerusi Skype, pada Jumaat.
BACA: Apa itu Darurat? Ini 15 perkara anda perlu tahu
BACA: Mungkinkah kerajaan akan isytihar darurat kesihatan?
Bagaimanapun, Mohd Azizuddin berkata, pengisytiharan darurat adalah jalan terakhir dalam menyelesaikan sesuatu isu dalam negara.
BACA: Bertenang! Rakyat jangan bimbang jika darurat diisytihar - Prof Dr Nik Ahmad Kamal
Mengulas lanjut, beliau berkata, darurat juga tidak semestinya dilaksanakan di seluruh negara, sebaliknya boleh dilakukan di negeri-negeri tertentu sahaja.
"Di Jepun, Itali (juga melaksanakan darurat) dan Romania telah menangguhkan pilihan raya mereka kerana COVID-19. Malah, di Amerika Syarikat, ada 48 negeri daripada 50 negeri diisytiharkan darurat.
"Cuma saya rasa darurat ini tidak mesti melibatkan seluruh negara tetapi boleh diisytiharkan di negeri-negeri tertentu, misalnya Sabah yang agak tinggi kes COVID-19. Jadi, boleh diisytiharkan di Sabah sahaja berbanding di negeri lain," katanya.
Dalam masa sama, beliau mengakui pengisytiharan darurat akan memberi kesan yang besar kepada negara termasuk akan menjejaskan peranan Kabinet.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Itali
#COVID-19
#Malaysia
#Jepun
#perintah darurat
#Sabah darurat
#darurat kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan