KUALA LUMPUR: Pelaksanaan darurat dalam menangani penularan wabak pandemik COVID-19 wajib dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memerintah bagi menjaga nyawa rakyat dan perjalanan kehidupan mereka ketika musim yang sangat mencabar.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tujuan pelaksanaan itu bagi mengekang wabak yang mengancam masyarakat, keselamatan nyawa manusia, kehidupan, keluarga dan kegiatan harian dalam semua urusan, lapor Sinar Harian pada Rabu.
“Perisytiharan darurat yang dilaksanakan hari ini merupakan satu tindakan proaktif dalam menangani keadaan yang semakin gawat.
“Hari ini sudah ada negara yang menghadapi penularan wabak secara tidak terkawal, sehingga mengalami situasi kekurangan peralatan dan anggota barisan hadapan serta jumlah angka kes jangkitan yang meningkat.
“Maka kerajaan mengambil langkah yang pantas bermula daripada persediaan peralatan dan anggota yang mencukupi, termasuklah persediaan anggota sokongan yang perlu ditambah dan dilatih,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Rabu.
Menurut Abdul Hadi, peruntukan kewangan darurat juga wajib disediakan secukupnya khusus bagi menampung kos perbelanjaan untuk kegunaan barisan hadapan, anggota perubatan, keselamatan, keamanan dan segala agensi sokongan yang lain.
Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai pelaksanaan darurat Ahli Parlimen Marang itu berkata, perlindungan melalui undang-undang yang tegas terhadap pengacau tugas barisan hadapan pada masa darurat ini hendaklah digubal dan tindakan yang tegas dikenakan terhadap mana-mana pengacau yang boleh melemahkan semangat barisan hadapan.
“Pasukan barisan hadapan ialah golongan yang paling banyak mengorbankan diri, tenaga, masa dan meninggalkan keluarga serta paling terdedah kepada bahaya.
“Namun, mereka yang bertindak menjadi makhluk perosak, hanyalah mencari kesalahan untuk memprovokasi golongan bodoh dan lemah akal yang berkeliaran dalam masyarakat.
“Golongan ini hendaklah diburu di mana sahaja tempat persembunyian mereka dan dari mana sahaja datangnya,” katanya.
Sinar Harian
Wed May 12 2021
Tujuan pelaksanaan itu bagi mengekang wabak yang mengancam masyarakat, keselamatan nyawa manusia, kehidupan, keluarga dan kegiatan harian dalam semua urusan. - Gambar fail
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Peru isytihar darurat di Callao untuk banteras jenayah terancang
Peru mengisytiharkan darurat di enam daerah wilayah pantai Callao berikutan peningkatan keganasan kumpulan jenayah terancang.
Presiden Yoon terima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Korea
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menerima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Kim Yong-hyun.
Itali isytihar darurat ke atas dua wilayah dilanda banjir
Bantuan kecemasan sebanyak EUR20 juta (kira-kira AS$22 juta) diperuntukkan kepada wilayah-wilayah Emilia-Romagna dan Marche.
Wilayah Belgorod di Rusia isytihar darurat selepas serangan Ukraine
Keadaan disifatkan "amat sukar dan tegang" ketika kawasan sempadan itu menjadi sasaran serangan dron dan peluru berpandu dari Ukraine.
Darurat diisytihar di daerah Lipetsk, Rusia
Gabenor Lipetsk, Igor Artamonov, mengumumkan pemindahan empat komuniti tempatan bagi memastikan keselamatan awam.
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
Hujan lebat di El Salvador ragut 11 nyawa, 880 terpaksa berpindah
Hujan lebat yang melanda El Salvador sejak Jumaat telah meragut 11 nyawa manakala lebih 880 penduduk terpaksa berpindah.
Kuasa Agong isytihar darurat tidak boleh diadili oleh mahkamah
Kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam mengisytiharkan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah perkara yang tidak boleh diadili oleh mahkamah.
Sekurang-kurangnya 99 terbunuh dalam kebakaran hutan di Chile
Sekurang-kurangnya 99 terbunuh manakala 1,600 orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran hutan melanda Wilayah Valparaiso, Chile.
10 maut dalam kebakaran hutan di Chile
Seramai 10 orang terbunuh dalam kebakaran hutan di tengah dan selatan Chile, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik pihak berkuasa tempatan.