awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dasar baharu perlu untuk rancakkan industri EV di Malaysia - Wee

Bernama
Bernama
13/06/2022
13:10 MYT
Dasar baharu perlu untuk rancakkan industri EV di Malaysia - Wee
Wee berkata, Malaysia memerlukan ekosistem mencukupi yang akan menyokong penggunaan EV pada masa hadapan. - Gambar hiasan/ alpha-ess.com
PUTRAJAYA: Malaysia perlu melaksanakan dasar baharu untuk menangani pelbagai isu mengenai kenderaan elektrik (EV) kerana sektor itu semakin berkembang pesat di negara ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata dengan penggunaan EV yang semakin berleluasa di seluruh dunia, semestinya negara ini juga tidak terkecuali daripada arus pembangunan teknologi itu.
"Kita memerlukan ekosistem mencukupi yang akan menyokong penggunaan EV pada masa hadapan kerana pada masa ini, kita kekurangan infrastruktur bagi menyokong teknologi berkenaan," katanya dalam hantaran menerusi Facebook beliau hari ini.
Hantaran itu turut memaparkan Wee menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Alpha ESS Co Ltd Alfred Wang, dengan kedua-dua mereka bertukar pandangan mengenai pembangunan EV. Alpha ESS adalah penyelesaian storan tenaga global dan pembekal perkhidmatan.
Turut hadir ialah Naib Presiden dan Pengasas Bersama Alpha ESS Zoe Zhang dan Pengurus Besar di Malaysia Arthur Liu.
Wee berkata seiring mencapai matlamat pengangkutan hijau, sudah tiba masanya untuk negara ini menjalankan kajian mendalam mengenai rancangan pelaksanaan memperkenalkan lebih banyak stesen pengecasan di tempat awam termasuk pusat beli-belah dan lebuh raya, serta mencari penyelesaian terhadap pelupusan bateri lama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOT
#Wee Ka Siong
#kenderaan elektrik
#EV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan