Dasar luar Malaysia adalah berdasarkan prinsip iaitu menyokong apa yang betul dan menolak apa yang tidak betul.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata berdasarkan prinsip itu, Malaysia dengan itu tidak terbeban untuk memilih antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
"Ia bukan semudah memilih kelab bola sepak, misalnya Manchester United...ini berseloroh sahaja. Kita tidak boleh memutuskan atau membuat pilihan dengan melihat kepada kekuatan kedua-dua negara ini," katanya.
Najib berkata demikian semasa ditanya negara mana patut dipilih Malaysia antara AS dan China pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia 2014, anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire (UKEC), di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata Amerika Syarikat mempunyai kekuatan seperti pasaran luas, teknologi, inovasi, beberapa institusi pendidikan terbaik di dunia dan juga sebagai kuasa besar dan "hyper power".
Najib berkata China juga merupakan sebahagian penting di Asia dan negara itu merupakan rakan perdagangan terbesar negara dengan perdagangan dua hala berjumlah US$100 bilion, dengan Malaysia menyasarkan untuk mencapai US$160 bilion dalam lima tahun akan datang.
"Jadi, kenapa kita perlu berdepan Amerika Syarikat, pada masa yang sama kita ada China?," katanya dan menurutnya Malaysia mempunyai dasar luar yang amat bebas.
Katanya jika Malaysia sebagai contohnya bergantung kepada Amerika Syarikat, negara tidak akan dapat berurusan dengan (Alexander) Borodai (pemimpin puak pemisah) bagi mengeluarkan jenazah mangsa pesawat Malaysia Airlines MH17 dari tapak nahas di timur Ukraine.
"Jika kita bergantung kepada AS, saya tidak akan melawat Gaza, misalnya. Saya telah bertemu pemimpin Hamas. Inilah apa yang saya maksudkan sebagai dasar luar berprinsip dan pada masa yang sama adalah pragmatik," katanya.
Perdana Menteri berkata dasar luar seumpama itu akan membuahkan lebih banyak faedah dan hasil positif.
Terdahulu dalam ucapannya, Najib mengimbas semula waktu beliau belajar di luar negara dan menjadi 'duta' Malaysia bagi menjawab soalan tentang negara, budaya dan rakyatnya.
Katanya daripada situ beliau belajar secara mendalam berhubung perbezaan kebudayaan, perspektif dan cara dalam melakukan sesuatu.
"Dan saya cuba membawa balik pengetahuan itu ke tanah air dan menggunakan apa yang telah saya pelajari itu dalam kehidupan saya sendiri dan kerjaya saya dan saya harap anda akan lakukan perkara sama kerana pengetahuan dan pengalaman yang anda bawa balik akan membantu mencorakkan Malaysia pada masa depan," katanya.
Tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April tahun depan, Najib berkata beliau sedar terdapat pihak tidak bersetuju dengan dasar itu dan itu merupakan perkara biasa.
"Sejak Program Transformasi Ekonomi bermula, ekonomi kita terus bertambah kukuh. Pendapatan isi rumah 24 peratus lebih tinggi daripada pada 2009.
"Defisit bajet kita menurun, kini kepada 3.9 peratus, lebih rendah daripada sasaran kita. Kita sedang menuju bajet berimbang menjelang 2020," katanya.
Berhubung peranan Malaysia sebagai pengerusi Asean tahun depan, Najib berkata Malaysia memerlukan rakyat yang berbakat dan dinamik untuk menghadapi pelbagai cabaran.
"Tatkala Malaysia bersiap sedia untuk memainkan peranan sebagai pemimpin dalam kalangan rakan dan jiran kita, saya menggesa anda untuk turut menerokai peluang-peluang untuk menerajui di Asia Tenggara supaya kita dapat tunjukkan bahawa Malaysia bukan sahaja bersedia untuk belajar daripada dunia, tetapi juga bersedia untuk memimpin dunia," katanya.
Bernama
Sun Aug 24 2014
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyampaikan ucapan pada Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia di sini, hari ini. -- fotoBERNAMA (2014)
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Biden jangka Iran tidak akan berlengah untuk serang Israel
Biden berkata beliau tidak mahu memberi penjelasan lanjut terhadap maklumat risikan sulit diperoleh Washington mengenai rancangan Tehran.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Setiausaha Perbendaharaan AS Yellen tiba di China
Pesawat yang membawa Yellen mendarat di pusat industri selatan China, Guangzhou pada tengah hari Khamis.
Gempa bumi 7.4 magnitud landa pantai timur Taiwan, amaran tsunami dikeluarkan
Jepun keluarkan amaran tsunami untuk pulau Miyakojima dan Okinawa serta amaran ombak setinggi tiga meter dijangka berlaku dalam masa terdekat.