PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang membangunkan Dasar Pengantarabangsaan dan Pelan Tindakan Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi yang baharu selaras dengan misi untuk menempatkan Malaysia sebagai hab pendidikan di peringkat serantau dan global.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad berkata penambahbaikan bagi menggantikan dasar lama itu dilakukan dengan mengambil kira senario semasa dan perubahan landskap pendidikan dunia.
Beliau berkata situasi pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia pada 2020 dan 2021 memberikan cabaran kepada Malaysia untuk mencapai sasaran menghasilkan 250,000 pelajar antarabangsa menjelang 2025.
"Menjadi harapan saya agar dasar dan pelan tindakan pengantarabangsaan yang sedang dimurnikan ini bukan sahaja dapat menambah baik pertumbuhan pelajar dan staf antarabangsa serta meningkatkan mobiliti inbound dan outbound, malah dapat meningkatkan pengalaman positif pelajar antarabangsa di Malaysia," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan bersempena lawatan Noraini ke Makassar, Indonesia bagi menyampaikan ucaptama bertajuk "Dinamika Internasional dan Hubungannya dengan Upaya Mewujudkan Entitas Masyarakat Sulawesi Selatan Berskala Global" sempena program Mengkonstruksi Entitas Global Masyarakat Sulawesi Selatan yang dianjurkan sempena ulang tahun ke-68 Universitas Muslim Indonesia (UMI).
Noraini berkata strategi pengantarabangsaan yang berkesan perlu dikenal pasti bagi mengatasi isu, cabaran dan jurang pelaksanaan sedia ada dan ini dapat dilakukan melalui pelbagai sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan.
Beliau berkata dalam usaha menggalakkan lebih ramai lagi pelajar antarabangsa termasuk di Indonesia datang ke Malaysia, kerajaan Malaysia telah menawarkan biasiswa yang dinamakan Malaysia International Scholarship (MIS).
Katanya ketika ini terdapat 10,278 pelajar Indonesia sedang melanjutkan pengajian di Malaysia dan daripada jumlah itu 66 orang sedang mengikuti pengajian di pelbagai universiti awam di Malaysia di bawah tajaan MIS bagi tahun 2020 dan 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad berkata penambahbaikan bagi menggantikan dasar lama itu dilakukan dengan mengambil kira senario semasa dan perubahan landskap pendidikan dunia. - Gambar fail/Astro AWANI
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Universiti Malaya diminta siasat, sedia laporan segera jemputan Bruce Gilley
Datuk Seri Zambry Abd Kadir telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.
MQA lancar e-MAS, platform bersepadu sistem akreditasi pendidikan tinggi negara
MQA melancarkan sistem akreditasi untuk membolehkan permohonan akreditasi program dibuat sepenuhnya secara atas talian iaitu menerusi e-MAS.
Konflik Asia Barat: KPT bincang keperluan bawa pulang pelajar Malaysia
KPT akan berbincang dengan pihak berkaitan bagi sebarang tindakan lanjut susulan konflik di Asia Barat ketika ini.
Kerangka pendidikan tinggi negara perlu berubah seiring landskap pendidikan dunia
Kerangka pendidikan tinggi negara ini perlu diubah mengikut kehendak semasa seiring perubahan landskap pendidikan dunia, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
KPT teliti tingkat kursus pelancongan, minyak dan gas, TVET di Sabah
Bidang-bidang berkenaan semakin berkembang di negeri ini justeru membolehkan kursus berkaitan ditawarkan.
KPT tumpu pembangunan institusi bentuk kecemerlangan akademik
KPT akan menumpukan kepada pembangunan institusi pendidikan tinggi sebagai wahana pengubah dan pembangun budaya dalam membentuk kecemerlangan akademik dan sahsiah mahasiswa.
IPT main peranan penting dalam membangunkan masyarakat dan negara - Zambry
Zambry menjelaskan, disebabkan peranan tersebut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memastikan dasar pendidikan negara berjaya dilaksanakan.
Politeknik Besut bangunkan Pusat Teknologi Kraf Warisan tahun ini
Politeknik Besut merupakan satu-satunya institusi pendidikan tinggi di bawah KPT yang menawarkan pengajian berkaitan batik.
Lima fokus utama meliputi 20 landasan hala tuju fokus KPT tahun ini - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi penekanan kepada lima fokus utama meliputi 20 landasan hala tuju yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.