Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menekankan bahawa dasar propertumbuhan serta insentif bagi menggerakkan sektor swasta merupakan bahan penting yang digunakan dengan jayanya oleh Malaysia dalam membantu memulihkan negara daripada kelembapan ekonomi serantau dan dunia.
Dan sejak beberapa tahun lepas ketika ekonomi dunia melalui krisis kredit subprima dan hutang zon Euro, Najib berkata, Program Transformasi Ekonomi (ETP) menerajui lonjakan besar dalam pelaburan swasta dan merupakan enjin pertumbuhan sebenar," katanya kepada sesi siaran televisyen dengan Al-Jazeera bertajuk "Kemelesetan Ekonomi dan Kejayaannya" pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland.
"Keadaan semakin baik di Malaysia dengan negara mencatat pertumbuhan perlahan, sama seperti ekonomi Asia dan Asia Timur yang lain walaupun dunia mengalami krisis ekonomi, dan tidak seperti Eropah yang mengalami penguncupan," kata Najib yang merupakan anggota panel forum yang dihoskan oleh pengantara Al-Jazeera Kamahl Santamaria pada Jumaat.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pencergasan sektor swasta menerusi ETP yang dilancarkan pada 2010, mewujudkan lebih 300,000 pekerjaan dan menurunkan kadar pengangguran kepada 3.1 peratus, yang dianggap sebagai pekerjaan penuh.
Menyentuh dasar peluasan yang dilaksanakan oleh Malaysia semasa krisis kewangan tahun 1997/98 serta pakej rangsangan yang disuntik dalam ekonomi beberapa tahun lepas, beliau berkata ia mencetuskan aktiviti ekonomi dalam negara dan memberi sinar harapan meskipun ekonomi serantau dan dunia suram.
"Ini membuktikan ia merupakan penyelesaian yang lebih baik berbanding dasar monetari yang ketat yang dilaksanakan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ke atas beberapa negara membangun yang menjurus kepada kos sosial dan politik yang besar.
"Kita pulih tanpa membayar kos sosial dan politik yang besar dan itulah sebenarnya semangat "Malaysia Boleh," katanya dan menambah, semangat tidak tahu takut dan bersungguh-sungguh walaupun wujud kesukaran dalam pasaran, meletakan Malaysia dalam kedudukan yang baik dalam ekonomi dunia.
Selain Najib, sesi itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri Turki bagi Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan Ali Babacan, Presiden Iceland Olafur Ragnar Grimsson dan Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) Guy Ryder.
Sambil berseloroh, Santamaria, yang nyata terpegun dengan huraian Najib mengenai pemulihan ekonomi Malaysia, berkata "Malaysia Boleh" merupakan slogan yang lebih baik berbanding "Malaysia Truly Asia" -- slogan negara untuk meningkatkan pelancongan.
"Jujurnya, ia sudah memenuhi matlamatnya," kata penyampai Al-Jazeera itu.
Najib berkata dalam menggesa sektor swasta menyumbang peranan masing-masing, kerajaan juga memberi insentif menerusi cukai dan program aparantis.
Beliau berkata satu lagi prasyarat ialah menyebarluaskan sistem pendidikan supaya ia dapat menawarkan bakat yang tepat, yang diperlukan pasaran.
"Anda perlu mengubah suai sistem pendidikan dan proses itu perlu berterusan disebabkan ia kerap ketinggalan berbanding yang diperlukan oleh industri," katanya dan menambah, proses peningkatan bakat itu perlu dilakukan menerusi universiti.
Forum itu berlangsung pada hari kedua lawatan Najib ke Mesyuarat Tahunan WEF yang berprestij, di mana beliau bertemu pemimpin ekonomi dan politik utama untuk menjual Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan.
Bernama
Fri Jan 25 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
BzBee Consult syarikat komunikasi Bumiputera pertama merangkul anugerah perhubungan awam di Davos
BzBee Consult Sdn. Bhd, Agensi Komunikasi Strategik Bersepadu Bumiputera terkemuka, telah berjaya merangkul anugerah Kempen Komunikasi Global di Majlis Anugerah Komunikasi Davos 2023.
MITI akan lebih bersasar tarik pelaburan tepat, bermula dengan WEF, Davos - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau telah mengadakan banyak sesi libat urus dengan dewan-dewan perniagaan dan kumpulan pelabur.
Ini masa depan kerja menurut pakar semasa WEF 2022
Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 yang berlangsung di Davos, Switzerland berakhir dengan jayanya 28 Mei lalu.
[KOLUMNIS] Hegemoni Barat menguasai Davos
Keperluan bagi Asia Tenggara untuk "bersuara" dan "menjaga kepentingan sendiri" kini menjadi suatu perkara yang lebih penting untuk disegerakan berbanding masa dulu.
WEF 2022: Mekanisme subsidi bersasar diumum tidak lama lagi - Tengku Zafrul
Kerajaan akan mengumumkan mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar dalam masa terdekat selepas menerima kelulusan Kabinet.
Perlu ada pelaburan ke atas fasiliti kesihatan mental ketika pandemik - Heidi Larson
Kerajaan sesebuah negara perlu membuat pelaburan ke atas fasiliti menangani masalah kesihatan mental ketika pandemik COVID-19.
Forum Ekonomi Dunia ruang untuk Malaysia bekerjasama dengan masyarakat dunia
WEF merupakan platform terbaik untuk Malaysia menyampaikan suara kepimpinan negara dan juga rantau ASEAN dalam mengamalkan ekonomi yang terbuka, mampan dan memanfaatkan semua.
Bebas karbon: Negara kaya perlu main peranan - Bill Gates
Negara-negara kaya perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan penghasilan produk teknologi hijau di peringkat global.
WEF: Usaha sama antara negara, satu-satunya cara banteras COVID-19 - Xi Jinping
Kerjasama antara negara akan membuka ruang inovasi, kajian serta membangun dunia dalam fasa pasca-COVID-19.
WEF: AS perlu berhenti anggap China sebagai musuh - PM Singapura
Sekiranya kedua-dua negara tidak dapat bekerjasama, ia bukan sahaja akan menjejaskan negara tersebut malah negara lain turut terkena tempiasnya.