awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Data kutipan cukai tidak disimpan berdasarkan komposisi kaum - LHDN

Astro Awani
Astro Awani
27/08/2019
03:25 MYT
Data kutipan cukai tidak disimpan berdasarkan komposisi kaum - LHDN
Data pembayar cukai direkodkan dalam sistem LHDN dikategorikan mengikut komponen pembayar cukai, membabitkan cukai individu serta syarikat. -Gambar fail
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan wujud pembentangan kertas putih di Parlimen membabitkan laporan jumlah sumbangan cukai berdasarkan komposisi kaum di Malaysia seperti yang tersebar menerusi media sosial, baru-baru ini.
Menurut LHDN, maklumat pembayar dan data kutipan cukai tidak disimpan berdasarkan komposisi kaum serta bangsa, selari prosedur operasi standard yang ditetapkan pihaknya.
"LHDN ingin menegaskan bahawa tiada pembentangan kertas putih sedemikian yang melibatkan laporan berhubung dengan jumlah sumbangan cukai berdasarkan komposisi kaum dan bangsa di Malaysia di Parlimen oleh LHDN seperti dinyatakan dalam saluran media-media sosial tersebut.
"Berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) LHDN, maklumat pembayar cukai dan data kutipan cukai tidak disimpan berdasarkan komposisi kaum dan bangsa," kata kenyataan itu lagi yang mengesahkan maklumat itu tidak benar dan bukan daripada sumber LHDN.
Tambahnya, data dan maklumat pembayar cukai yang direkodkan dalam sistem LHDN dikategorikan mengikut komponen pembayar cukai, membabitkan cukai individu serta syarikat.
Pecahan mengikut lapan komponen ini boleh disemak di portal rasmi LHDN, www.hasil.gov.my dan siaran media Kementerian Kewangan.
LHDN juga menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak tepat bagi mengelakkan kekeliruan serta salah faham.
Topic Berkaitan
#jumlah sumbangan cukai
#komposisi kaum
#kutipan cukai
#Lembaga Hasil Dalam Negeri
#LHDN
#pembentangan kertas putih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan