awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seludup e-waste: Veteran ATM bersara awal diserap untuk perkuat AKPS - Shuhaily
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
Lima sekeluarga disamun, barang kemas bernilai kira-kira RM130,000 dilarikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk Bandar KL yang baharu diumum minggu depan - Menteri Wilayah

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
13/09/2018
07:47 MYT
Datuk Bandar KL yang baharu diumum minggu depan - Menteri Wilayah
Kementerian Wilayah telah bersetuju untuk memperbanyakkan peruntukan kepada DBKL bagi membantu golongan miskin bandar.
Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang baharu akan diumumkan minggu depan.
Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad berkata, terdapat tiga nama calon yang dicadangkan namun keputusan masih belum dibuat.
“Mereka bukan dari DBKL sendiri tetapi ada yang bekas pegawai kanan kerajaan dan ada yang masih berkhidmat dengan kerajaan, tetapi tiada lantikan politik.
“Kita akan umumkan juga pelantikan Lembaga Penasihat DBKL, Lembaga Perbadanan Kampung Baru dan Lembaga Pengarah Yayasan Wilayah Persekutuan. Terdapat penambahan angka anggota dalam Lembaga Perbadanan Putrajaya dan Labuan,” katanya ketika sidang media di Bangunan DBKL, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai siapa pengganti Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz yang meletak jawatan sebagai Datuk Bandar KL pada 1 September lalu.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam itu turut menyatakan kementeriannya telah bersetuju untuk memperbanyakkan peruntukan kepada DBKL bagi membantu golongan miskin bandar.
“Kementerian akan menambah peruntukan kepada miskin bandar seperti yang dibuat oleh Kerajaan Selangor. Kerajaan Persekutuan akan beri bantuan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenal pasti dan menyusun bajet mengikut kesesuaian,” jelas beliau.
Sementara itu, beliau menyatakan rasa tidak puas hati mengenai permohonan maaf daripada Pengerusi Gerakan Muslimah Islam Malaysia (GMIM), Wan Asshima Kamaruddin yang mendakwa Khalid terlibat dalam penganjuran festival gay.
“Peguam saya dah hantar surat kepada Wan Asshima dan peguam beliau pun sudah balas semula surat itu, tetapi permohonan maaf yang diminta seperti mahu lagi pertahankan kenyataan yang dikeluarkan.
“Kita nak tangani LGBT, jangan senang-senang tuduh orang,” katanya.
Topic Berkaitan
#Datuk Bandar Kuala Lumpur
#DBKL
#GMIM
#Khalid Abdul Samad
#Labuan
#LGBT
#menteri wilayah
#miskin bandar
#NGO
#Perbadanan Putrajaya
#Wan Asshima Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan