awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk kandung tetak cucu di kepala hingga maut, anak perempuan hampir putus telinga

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
11/05/2022
09:07 MYT
Datuk kandung tetak cucu di kepala hingga maut, anak perempuan hampir putus telinga
Superintendan Dzulbaharin Ismail (gambar) berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu, pada 2.40 petang.
KINABATANGAN: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia selepas ditetak di kepala oleh datuk kandung dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Ubi Sungai Pauh, Kinabatangan pada Selasa.
Dalam kejadian sekitar jam 2 petang itu, ibu bayi berkenaan yang juga anak perempuan suspek mengalami cedera parah termasuk hampir putus telinga.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu, pada 2.40 petang.
Katanya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan telah bergegas ke lokasi kejadian.
"Setiba sahaja tiba lokasi mendapati bayi perempuan telah meninggal dunia akibat ditetak di kepala.
"Ibunya yang berusia 35 tahun pula mengalami parah di belakang tengkuk dan telinga kirinya hampir putus akibat tetakan. Kesemua mereka warga asing yang tiada dokumen pengenalan diri," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Dzulbaharin berkata, kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kinabatangan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
"Pasukan polis kemudiannya mengesan dan menangkap suspek di kawasan kebun sawit di lokasi sama selain merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa," katanya.
Menurutnya, suspek berusia 60 tahun warga Filipina dibawa ke IPD Kinabatangan untuk siasatan lanjut.
"Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian dan direman selama tujuh hari bermula hari ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Bayi maut ditetak
#Datuk tetak cucu
#Kinabatangan
#wanita hampir putus telinga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan