Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza Othman hari ini membuat laporan polis berhubung akaun Facebook miliknya telah digodam individu tidak bertanggungjawab.
Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Dr Vida juga membuat laporan terdapat individu lain membuka akaun Facebook dan menyamar sebagai dirinya.
Beliau mengesan kewujudan satu akaun Facebook menyamar sebagai beliau dan memperdaya kira-kira 1 juta pengikutnya di laman sosial itu, kira-kira pukul 1 pagi Khamis lalu.
"Banyak gambar saya dimuat naik dalam Facebook itu. Kapsyen pada gambar itu juga sama seperti kapsyen yang saya taip di Instagram milik saya.
"Pemilik akaun itu menjanjikan hadiah lumayan kepada pengikut seperti beg tangan berjenama secara percuma," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jelapang di sini, kira-kira pukul 3.30 petang.
Dr Vida berkata pada hari sama, beliau memuat naik status di Facebook miliknya bagi menyatakan penipuan itu, namun beberapa jam kemudian akaun Facebooknya tidak boleh diakses kerana dipercayai telah digodam.
"Selepas empat hari kejadian itu berlaku, saya dapati sekeping gambar telah dimuat naik disusuli dengan pautan senarai nama pemenang. Apabila gambar itu diklik, akan masuk ke satu laman web lucah," katanya.
Sehubungan itu, beliau minta pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pesalah yang telah menggunakan identitinya untuk tujuan yang salah kerana ia memberi kesan terhadap reputasinya.
Ketua Balai Polis Jelapang Inspektor Rashidi Othman mengesahkan laporan itu.
Bernama
Mon Apr 18 2016
Datuk Vida (gambar) membuat laporan terdapat individu lain membuka akaun Facebook dan menyamar sebagai dirinya. -Gambar fail
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
'Sedih saya tau...' - Muncul video tak senonoh, Ella maklum Facebook digodam
Tinjauan Gempak di laman Facebook miliknya, terdapat beberapa video tidak senonoh dan tidak berkaitan dengan Ella telah dimuat naik.
Datuk Seri Vida buat laporan polis akaun Facebook digodam
Hasmiza membuat laporan terdapat individu lain membuka akaun Facebook dan menyamar sebagai dirinya.