awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk Tee: Saya kini sedang 'bergantung tanpa tali'

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
22/05/2013
23:53 MYT
Datuk Tee: Saya kini sedang 'bergantung tanpa tali'
Saya kini seperti sedang ‘bergantung tanpa tali’.
Inilah perasaan Pengerusi Jawatankuasa Urusetia Kebangsaan MCA Datuk Tee Siew Kong yang telah mengangkat sumpah sebagai salah seorang daripada sembilan Exco Kerajaan Negeri Johor pada 14 Mei lalu.
Berikutan insiden itu, MCA, pada mesyuarat Jawatankuasa Pusatnya Isnin lalu, telah memutuskan Tee dirujuk kepada Lembaga Disiplin MCA dan diarahkan untuk bercuti.
“Sebagai ahli MCA, saya terpaksa menerima keputusan pucuk pimpinan. Saya sekarang seperti ‘bergantung tanpa tali’. Saya tidak mempunyai kuasa untuk mempertahankan diri sendiri.
“Saya tidak mempunyai pilihan. Saya anak jati Johor dan saya berpegang teguh kepada prinsip rukun negara, kesetiaan kepada raja dan negara.
“Saya hanya menurut perintah Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar,” kata Tee kepada Astro Awani.
Tee, yang telah menjadi ahli MCA selama 30 tahun, berkata beliau, setakat ini belum menerima apa-apa notis pemberitahuan untuk berjumpa Lembaga Disiplin parti itu.
Sebelum ini, MCA telah memutuskan parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya parti itu tidak mencatatkan peningkatan daripada keputusan yang dicapai pada pilihan raya 2008 dalam pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lalu.
Bagaimanapun ketika pembentukan majlis mesyuarat kerajaan negeri, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar menitahkan MCA diperuntuk satu kerusi dalam barisan Exco.
Pada Isnin, presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek juga memutuskan bahawa Tee tidak akan menghadiri mesyuarat MCA di peringkat pusat mahupun bahagian.
Topic Berkaitan
#Datuk Tee Siew Kong
#MCA
#Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan