KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengedarkan 32,500 Jalur Gemilang pelbagai saiz bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.
Bendera Malaysia itu diedarkan kepada wakil agensi kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi, badan bukan kerajaan, Majlis Perwakilan Penduduk, persatuan penjaja dan peniaga, pemandu teksi, penghantar makanan dan pemandu-pemandu kenderaan milik DBKL.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh berkata, selain itu, sebanyak 3,000 gegantung Jalur Gemilang dipasang di jalan-jalan utama sekitar ibu negara, seperti Jalan Sultan Ismail, Jalan Parlimen, Jalan Kuching, Jalan Tun Razak dan Jalan Tunku Abdul Rahman.
“DBKL juga mengambil inisiatif dengan mempamerkan mesej sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di skrin LED Menara DBKL 1, LED Dataran Merdeka, LED swasta dan di paparan papan tanda elektronik (VMS) di sekitar Kuala Lumpur.
“Bagi tujuan sama, DBKL turut mengedarkan surat pekeliling kepada 180 pemilik bangunan di pusat bandar untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan menerangi bangunan dengan lampu hiasan di premis masing-masing,” katanya pada majlis penyerahan Jalur Gemilang peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Menara DBKL, semalam.
Hadir sama, pengurusan tertinggi DBKL, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, pengarah jabatan DBKL serta warga kerja DBKL.
Selain itu, pelbagai program dirangka DBKL sepanjang Bulan Kebangsaaan.
Ia termasuk Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat DBKL yang berlangsung pada 31 Julai 2023, KL Street Jam pada 5 Ogos 2023, Program KL Car Free Morning Edisi Khas Merdeka pada 6 Ogos 2023 dan Karnival Bola Sepak Perumahan DBKL @ DBKL Home Cup 2023 edisi kedua yang akan berlangsung sepanjang bulan Ogos dan September.
Turut diadakan, Pertandingan Mewarna sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada 13 Ogos 2023 di Stadium Titiwangsa, Program Derma Darah di lobi Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah pada 16 Ogos 2023 dan Konsert Ambang Merdeka di Dataran Merdeka pada 30 Ogos 2023.
Afiezy Azaman
Tue Aug 08 2023
Pemandu teksi, penghantar makanan dan pemandu kenderaan milik DBKL antara yang menerima Jalur Gemilang pada majlis semalam. - Foto DBKL
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Polis siasat himpunan kibar Jalur Gemilang di Menara Condong
Polis akan menyiasat penganjuran himpunan kibarkan Jalur Gemilang di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pada Sabtu.
Insiden kibar bendera China, Persatuan Guan Gong mohon maaf
Soon Boon Hua berkata tindakan mengibarkan bendera negara lain tidak dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihak pengelola.
Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.
Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.
Dua hari siapkan baju bertema Jalur Gemilang
Program Sambutan Anak Merdeka bersempena Hari Kebangsaan ke- 67 tahun di Dewan Utama Memorial Tun Hussein Onn Kuala Lumpur dihadiri Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang pada Sabtu.
Lebih 200 rakyat Malaysia sambut Hari Kebangsaan di China
Penuntut Malaysia yang tinggal di Beijing, China teruja dengan sambutan Hari Kebangsaan anjuran Kedutaan Besar Malaysia itu.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67
Seramai 4,145 peserta dan 563 kenderaan daripada 111 kontinjen memeriahkan acara perbarisan dan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pahang itu.
Lebih 50,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Perak
Sambutan bermula dengan perarakan masuk kawalan kehormatan utama dari Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Division dengan iringan pasukan pancaragam KD Pelanduk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Google guna rekaan Doodle Merdeka lebih kurang sama sejak 2021
Pada tahun ini, apabila anda klik pada logo Google Malaysia, ia akan turut membawa kepada halaman carian yang dilengkapi dengan animasi letusan mercun.
47 pelatih OKU bina replika Jalur Gemilang daripada botol air mineral terpakai
Sebanyak 47 pelatih Kompleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU) Kimanis Papar di sini membina replika Jalur Gemilang daripada botol air mineral terpakai sempena meraikan Hari Kebangsaan.