KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuat kajian terperinci mengenai kaedah dan pendekatan mengurangkan situasi kesesakan lalu lintas di ibu kota yang semakin kritikal.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata antara aspek yang diberi perhatian termasuk penyelarasan sistem lampu isyarat dan sistem pengurusan parkir yang menghalang lalu lintas.
"Sistem lampu isyarat di pusat bandar kini diuruskan oleh dua syarikat berbeza, dua syarikat ini mesti mempunyai komunikasi yang baik untuk selaras (syncronize) dalam memastikan trafik sama ada masuk atau keluar bandar tidak tersekat di mana-mana laluan.
"Kalau ada keperluan mendesak, ada kemungkinan untuk tidak lagi gunakan dua sistem berbeza," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri di Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana di sini hari ini.
Jalaluddin berkata hasil laporan kajian tersebut akan dibentangkan pada Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Wilayah Persekutuan.
Katanya lalu lintas di ibu kota dipantau dan diuruskan unit Kuala Lumpur Comand and Control Centre (KLCCC) DBKL yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS).
Menurutnya antara aspek lain yang akan diperhalusi termasuk kemasukan kenderaan berat ke pusat bandar, situasi peniaga yang membuka perniagaan di tempat tidak dibenarkan serta sikap tidak bertanggungjawab pengguna jalan raya.
"Saya tidak memberi jaminan kesesakan lalu lintas akan selesai 100 peratus, namun ini untuk mengurangkan daripada masalah ini bertambah teruk dan berlarutan," katanya.
Pada Jumaat, portal berita Malaysiakini melaporkan kesesakan lalu lintas di ibu kota kini lebih teruk berbanding sebelum pandemik antaranya disebabkan pekerja sudah kembali ke pejabat dan persekolahan juga dijalankan secara bersemuka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 24 2022

Lalu lintas di ibu kota dipantau dan diuruskan unit Kuala Lumpur Comand and Control Centre (KLCCC) DBKL yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS). - Gambar hiasan/ Bernama

Malaysia berpotensi jadi hab automotif di pasaran ASEAN - Tengku Zafrul
Malaysia boleh menjadi hab automotif bagi pasaran ASEAN, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

AWANI Ringkas: ‘Najib tak pernah rahsiakan akaunnya akan terima dana besar’
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [03/02/2023] – Langkah kawal aliran kewangan | Banyak isu lain jadi keutamaan AWANI 7:45 [03/02/2023] – Langkah kawal aliran kewangan | Banyak isu lain jadi keutamaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007874/33867771591675432059566_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [03/02/2023] – Langkah kawal aliran kewangan | Banyak isu lain jadi keutamaan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Peruntukan tahunan Ahli Parlimen dikurangkan daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta. - Sekolah pagi bermula jam 8, bukan jadi keutamaan. - Penjara Sungai Buloh semakin sesak, melebihi kapsiti maksimum. - Suhakam bimbang kebajikan 36 kanak-kanak di Depoh Imigresen Lenggeng. #AWANInews

Dialog Poket Rakyat: Formula Tambah ‘Income’ Rakyat
Inflasi dan kos sara hidup sukar dikawal? Kenapa tidak cari jalan bagaimana boleh tambah pendapatan rakyat? Dialog Poket Rakyat, 8.30 malam

PRN: UMNO Selangor sudah muktamadkan kerusi yang bakal ditandingi - Megat Zulkarnain
Megat Zulkarnain memberitahu, setakat hari ini, keputusan tersebut adalah muktamad dan beliau sudah pun memaklumkan perkara tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mahkamah tolak saman bekas pelajar sekolah pendidikan khas
Mahkamah Tinggi menolak saman seorang bekas pelajar sekolah pendidikan khas terhadap sekolah dan tiga defendan lain termasuk Kerajaan Malaysia.

Hujan lebat, beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan sejak jam 4 petang di Pulau Pinang menyebabkan beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat.

Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu lori di bawah pengaruh alkohol
Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori yang dipandu seorang lelaki disyaki berada di bawah pengaruh alkohol di Jalan Parit Panjang, petang semalam.

AWANI Ringkas: Sesi sekolah bermula 8 pagi bukan keutamaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap [INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007864/8967789641675428256449_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap

DBKL kaji sistem lampu isyarat, parkir atasi kesesakan trafik
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuat kajian terperinci mengenai kaedah dan pendekatan mengurangkan situasi kesesakan lalu lintas di ibu kota yang semakin kritikal.