KUALA LUMPUR: Permohonan pertukaran nama pemilik atau alamat surat-menyurat bagi hartanah di ibu negara boleh dibuat secara dalam talian sepenuhnya melalui sistem e-Penilaian dan Hartanah DBKL mulai 1 April ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata sistem itu dibangunkan bertujuan untuk memudahkan pemilik melaksanakan perkhidmatan secara dalam talian dengan lebih mudah dan cepat.
"Pemohon hanya perlu mendaftar sebagai pengguna sistem, log masuk, kemas kini maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan nombor telefon serta perlu memuat naik lampiran dan hantar untuk proses kelulusan.
"Kelulusan adalah dalam tempoh sehari bekerja daripada penerimaan permohonan yang lengkap," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sistem itu, di sini, hari ini.
Beliau berkata sistem itu memudahkan orang awam berurusan dengan DBKL menerusi penggunaan jalur lebar dalam melakukan permohonan penukaran nama pemilik atau alamat surat menyurat cukai taksiran.
"Pemakluman ini penting bagi memastikan nama pemilik terkini didaftarkan sebagai pemilik baharu yang sah dan segala notis atau bil cukai taksiran akan dialamatkan kepada pemilik dengan berkesan dan tepat.
"Kegagalan memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenai penjualan harta atau pindah milik boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.
Ini katanya berdasarkan Seksyen 60 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang memperuntukkan bahawa penjual atau pemberi milik dan pemberi atau penerima pindah milik wajib memaklumkan kepada PBT dalam tempoh tiga bulan selepas berlakunya penjualan harta atau pindah milik.
"Adalah menjadi matlamat DBKL untuk mengurangkan sehingga tiada lagi aktiviti permohonan secara fizikal dilakukan selepas ini," katanya.
Dalam pada itu, Mahadi berkata DBKL tidak bercadang menyemak semula taksiran kadar cukai hartanah di ibu negara.
Beliau berkata sebagai bandar raya yang matang, Kuala Lumpur mempunyai sistem yang mantap untuk menentukan kadar yang perlu dibayar oleh pemilik hartanah.
Pada 22 Dis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan diskaun 30 peratus ke atas cukai taksiran untuk hartanah di bawah RM300,000 di Putrajaya mulai 1 Jan lepas, yang dijangka memanfaatkan kira-kira 8,500 isi rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2023

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata sistem itu dibangunkan bertujuan untuk memudahkan pemilik melaksanakan perkhidmatan secara dalam talian dengan lebih mudah dan cepat. - Foto Facebook/DBKL

WHO cadang masuk ubat obesiti sebagai ubatan penting
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan ubat obesiti dimasukkan dalam senarai ubat-ubatan penting yang bakal digunakan sebagai panduan pembelian bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana.

PBB laksana undian bawa isu iklim ke mahkamah dunia
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan proses undian bagi menentukan keputusan untuk membawa isu perubahan iklim ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menentukan kewajipan yang seharusnya dilaksanakan oleh setiap negara dalam memerangi perubahan iklim.

Bazar Ramadan Rahmah: Ada peniaga dapat sambutan, ada juga yang berdepan kerugian
Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di Presint 14, Putrajaya mendapat sambutan mengalakkan daripada pengunjung sejak dilancarkan beberapa hari lalu.Tinjauan Astro AWANI mendapati hampir 48 peratus daripada peniagaan di BRR Presint 14 memperkenalkan harga Menu Rahmah disamping menu dengan harga pasaran.

Bakhmut bakal 'dijual' sekiranya ditakluk Rusia - Zelenskyy
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy meluahkan kebimbangan sekiranya Rusia berjaya menakluk wilayah timurnya di Bakhmut. Kedua-dua negara itu pada ketika ini masih dalam pertempuran yang berlarutan di wilayah tersebut, dengan pasukan pertahanan kedua-dua negara tidak mahu menyerah kalah.

Azerbaijan cari 'dalang' serangan terhadap ahli politiknya
Khidmat keselamatan Azerbaijan berjanji akan menyiasat dan mencari dalang kepada kejadian tembakan yang mencederakan ahli politik negara itu.

Sektor pembuatan Rusia kekal lembap
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, sektor pembuatan negara itu masih lembap dan menjangkakan inflasi pada kadar peratus menjelang akhir bulan.

Parti Kerajaan Perpaduan guna logo sendiri hadapi PRN
Keputusan Barisan Nasional (BN) menggunakan lambang dacing bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah dalam pengetahuan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.

MMA tidak setuju mogok doktok kontrak
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Muruga Raj Rajathurai menyeru kerajaan untuk mengambil tindakan cepat bagi menangani isu-isu yang dihadapi oleh doktor kontrak di negara ini. Beliau juga menasihatkan doktor kontrak untuk tidak melancarkan mogok kerana ia akan memberi kesan kepada penjagaan pesakit dan menambah beban rakan sekerja di fasiliti kesihatan awam yang sudah sesak.

Sulaiman letak jawatan, Melaka bakal dapat KM baharu
Politik Melaka bakal menyaksi pertukaran kepimpinan selepas Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Rakyat Melaka tunggu urus tadbir lebih baik
Rakyat Melaka menantikan urus tadbir baharu yang memberi tumpuan kepada keperluan, kemahuan dan kepentingan termasuk agenda merakyatkan kepimpinan terbaharu selepas ini. Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian menyifatkan ini bukan lagi masa sesuai untuk bercakap mengenai soal jawatan atau kedudukan tetapi bagaimana meningkatkan taraf kebajikan penduduk Melaka.

DBKL lancar sistem e-Penilaian dan Hartanah
Permohonan pertukaran nama pemilik atau alamat surat-menyurat bagi hartanah di ibu negara boleh dibuat secara dalam talian sepenuhnya melalui sistem e-Penilaian dan Hartanah DBKL mulai 1 April ini.