awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL nafi caj kereta persendirian selepas MRT siap

Bernama
Bernama
07/10/2016
10:20 MYT
DBKL nafi caj kereta persendirian selepas MRT siap
MHD AMIN NORDIN: Tiada perancangan dalam melaksanakan sistem caj kereta persendirian masuk ke ibu kota selepas MRT selesai (siap dibina).
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengenakan caj kepada kereta persendirian yang masuk ke ibu kota sebaik sahaja projek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) Line 1 beroperasi.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz yang menafikan laporan sebuah akhbar berhubung perkara itu berkata laporan berkenaan adalah tidak benar.
"Tiada perancangan dalam melaksanakan sistem caj kereta persendirian masuk ke ibu kota selepas MRT selesai (siap dibina)," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan 'The Edge' semalam yang menyebut DBKL akan melaksanakan sistem itu yang menjadi inisiatif terakhir untuk mengurangkan kesesakan di bandar seterusnya menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.
Dalam laporan itu, Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar DBKL Nik Mastura Diyana Nik Mohamad dipetik sebagai berkata pihaknya sedang mengkaji perkara itu yang mana harga yang bakal dicaj belum ditentukan lagi.
Sistem itu dilihat akan mengenakan caj kepada mana-mana kenderaan yang pergi ke pusat bandar seperti mana yang dilaksanakan di Singapura ketika ini. -Bernama
Topic Berkaitan
#caj kepada kereta persendirian
#DBKL
#masuk ke ibu kota
#MRT Line 1
#projek transit aliran berkapasiti tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan