awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL nafi penggodam tuntut RM236.17 juta

Bernama
Bernama
20/05/2025
15:50 MYT
DBKL nafi penggodam tuntut RM236.17 juta
Maimunah berkata sistem perkhidmatan dalam talian DBKL memang mengalami gangguan teknikal sebelum ini, namun tidak membabitkan sebarang tuntutan wang. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan sistem perkhidmatan dalam taliannya digodam serta penggodam menuntut wang tebusan USD55 juta (RM236.17 juta) berikutan gangguan itu.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata sistem perkhidmatan dalam talian DBKL memang mengalami gangguan teknikal sebelum ini, namun tidak membabitkan sebarang tuntutan wang.
"Memang ada gangguan sistem tapi tidak ada kaitan dengan wang (tebusan) daripada sesiapa.
"Sebanyak 39 sistem yang bermasalah sudah kembali normal sejak 1 Mei lalu, seperti sistem e-perumahan, e-lesen, e-aduan dan e-tempah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya setakat ini tidak menerima laporan berhubung tuntutan berkenaan.
Terdahulu, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan seorang Ahli Parlimen mendakwa sistem perkhidmatan dalam talian DBKL digodam dan penggodam berkenaan menuntut tebusan berjumlah RM236.17 juta.
Menurut laporan itu, Ahli Parlimen tersebut memaklumkan beliau menerima maklumat terbabit daripada individu yang dipercayainya sebagai sumber yang boleh diharap dan yakin bahawa insiden berkenaan benar-benar berlaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKL
#ahli Parlimen
#dalam talian
#sistem perkhidmatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan