awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL sita 6,932 barangan penjaja warga asing dari Januari-April

Bernama
Bernama
24/04/2022
20:30 MYT
DBKL sita 6,932 barangan penjaja warga asing dari Januari-April
Bazar Aidilfitri Kuala Lumpur 2022 anjuran DBKL beroperasi di Lorong Tuanku Abdul Rahman bermula 9 April hingga 2 Mei depan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 6,932 tindakan sita terhadap barangan penjaja warga asing dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula Januari hingga April tahun ini, berbanding 7,970 tindakan sita yang dikenakan sepanjang tahun lepas.
DBKL dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.
Kenyataan itu memaklumkan DBKL menerusi Jabatan Penguatkuasaan sentiasa mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan di ibu negara termasuk di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) secara berterusan.
"Pemantauan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) juga dilaksanakan selama 24 jam di PBKL dan kawasan sekitarnya bagi membendung aktiviti tersebut.
"Selaku pihak berkuasa tempatan, DBKL hanya mengambil tindakan terhadap barangan penjaja warga asing yang didapati menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran menerusi tindakan sita serta-merta dan barangan yang disita tidak boleh dituntut serta akan dilupuskan," menurut kenyataan itu.
DBKL berkata tindakan terhadap kumpulan itu termasuk mengawal kemasukan, pergerakan dan menahan warga asing yang menyalahi peraturan adalah di bawah bidang tugas dan tanggungjawab Jabatan Imigresen.
"Bagaimanapun, DBKL sentiasa bekerjasama dengan agensi sahabat yang lain termasuk Jabatan Imigresen bagi memastikan penglibatan warga asing dalam aktiviti perniagaan di sekitar ibu kota dapat dibanteras.
"Oleh itu, orang awam dinasihatkan untuk memberi kerjasama dengan tidak membeli barang keperluan daripada warga asing ini kerana aktiviti mereka tidak mempunyai kebenaran," menurut kenyataan itu.
Justeru, warga kota diminta menyalurkan maklumat mengenai aktiviti perniagaan warga asing kepada DBKL menerusi Sistem Pengaduan Awam Kuala Lumpur (ADU@KL) di pautan pantas https://adukl.dbkl.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKL
#Imigresen
#warga asing
#penjaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan