awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL tawar kadar khas notis kompaun mulai hari ini

Bernama
Bernama
16/02/2022
13:13 MYT
DBKL tawar kadar khas notis kompaun mulai hari ini
DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemberian kadar khas itu meliputi notis kompaun trafik yang belum dijelaskan dan kadar berjadual mengikut kesalahan bagi notis kompaun kesalahan am. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan Kadar Khas Notis Kompaun 2022 bermula hari ini hingga 30 Jun depan, sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Jubli Emas 50 Tahun Bandar Raya Kuala Lumpur.
DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemberian kadar khas itu meliputi notis kompaun trafik yang belum dijelaskan dan kadar berjadual mengikut kesalahan bagi notis kompaun kesalahan am.
Bagaimanapun inisiatif kadar khas itu tidak terpakai bagi kesalahan yang telah disenarai hitam dan kesalahan kes Am yang tiada dalam kadar berjadual.
Orang ramai boleh menikmati kadar khas ini dengan membuat semakan dan bayaran menerusi semua kaunter bayaran DBKL serta kaunter Pos Malaysia di seluruh negara.
Selain itu, semakan dan bayaran juga boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi MOBIS-DBKL atau secara Jompay menerusi aplikasi perbankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKL
#diskaun kompaun
#Hari Wilayah Persekutuan
#Jubli Emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan