Kementerian Pengangkutan akan mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mewujudkan Prosedur Operasi Standard (SOP) mengelak kejadian helikopter terhempas berulang pada masa akan datang.
"Satu tindakan awal perlu diambil untuk mengkaji permasalahan yang berlaku melibatkan helikopter terhempas," kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia Subang di sini Jumaat malam.
Ab Aziz menyertai sanak saudara, sahabat handai dan orang kenamaan yang menyambut ketibaan jenazah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon yang maut berikutan nahas helikopter di Sarawak pada Khamis.
Beliau berkata kementeriannya juga dijangka mengeluarkan garis panduan bagi memastikan insiden seumpama itu tidak akan berulang.
Jenazah Noriah tiba pada pukul 11.40 malam dengan pesawat Charlie C130H melalui penerbangan ihsan dari Pangkalan Udara Kuching, Sarawak yang berlepas kira-kira pukul 9.15 malam.
Allahyarham merupakan mangsa pertama yang ditemukan selepas pesawat Eurocopter AS350 yang dinaiki bersama lima lagi dari Betong ke Kuching, hilang petang semalam.
Jasadnya ditemukan di kawasan pencarian awal helikopter terbabit di Sungai Batang Lupar dekat Sebuyau, tengah hari tadi.
Selain Noriah, turut menaiki helikopter sama ialah suaminya Asmuni Abdullah dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar, yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas turut menaiki pesawat malang itu.
Bernama
Fri May 06 2016
Satu tindakan awal perlu diambil untuk mengkaji permasalahan yang berlaku melibatkan helikopter terhempas. - Gambar fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
VEP mula pada penghujung April
Sistem tag Permit Kemasukan Kenderaan yang dikenakan terhadap kenderaan asing memasuki Malaysia melalui Tambak Johor dan Linkedua, akan mula pada hujung bulan ini.
Kerajaan bakal tetapkan harga siling penerbangan domestik - Aziz Kaprawi
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sedang menjalankan kajian tersebut bagi memastikan wujud situasi menang-menang antara pengguna dan syarikat penerbangan.
Kadar PSC di KLIA2 tidak jejas kemasukan pelancong asing
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata kadar PSC sebanyak RM73 di KLIA2 adalah terendah di dunia.
Dewan Negara lulus tiga rang undang-undang
Tiga rang undang-undang itu ialah RUU MyIPO (Pindaan) 2017, RUU MAVCOM (Pindaan) 2017 dan RUU Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) 2017.
PAU2017: Strategi lapuk pembangkang dihidu UMNO - Aziz Kaprawi
Isu yang dibangkitkan sengaja dieksploitasikan pembangkang dengan membuat banyak kenyataan yang disalah anggap dan mengelirukan rakyat
Pesalah trafik AWAS berdepan tindakan mahkamah - Aziz
Kegagalan pesalah trafik membayar saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang dikeluarkan selepas bulan Mei 2017 akan berdepan tindakan mahkamah awal tahun depan.
MH370: Misi baru pencarian pesawat akan diteliti semula kerajaan
Malaysia sedang meneliti tawaran syarikat Ocean Infinity sebelum memulakan misi baru dalam mencari pesawat MH370.
Tiada rombakan besar-besaran dalam JPJ - Aziz Kaprawi
Tiada keperluan untuk adakan rombakan besar-besaran dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan pertukaran dua pegawai kanan jabatan itu ke jabatan lain, kata Datuk Ab Aziz Kaprawi.
JBPM sedia bayaran kepada sebarang bantuan semasa kemalangan - KP Bomba
Kejadian pemandu kren yang didakwa enggan menghulurkan bantuan semasa nahas di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong di Jempol baru-baru ini merupakan insiden pertama kali berlaku di negara ini.
Tidak patuh lampu isyarat antara kesalahan dikenakan AWAS dan KEJARA
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron berkata dua kesalahan itu adalah memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah.