awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proses kenal pasti mangsa kebakaran di pusat peranginan Switzerland mungkin ambil masa
Polis siasat insiden lelaki meluru ke arah kereta sedang bergerak
Seorang lelaki, wanita ditahan miliki dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Debat Piala Tun Razak: Ibarat 'memangsakan' anggota debat - Dr Maza

Salim Aziz
Salim Aziz
17/10/2019
09:43 MYT
Debat Piala Tun Razak: Ibarat 'memangsakan' anggota debat - Dr Maza
'Tapi oleh kerana saya nak menang, saya cari hujah dan itu akan jadi trend yang negatif dan pandangan yang negatif orang lain pada saya dan seolah olah saya yang meluahkan perkara yang menjadi perkara menyanggahi norma masyarakat.' - Gambar fail
Ibarat “memangsakan” anggota debat…
Itu pendirian Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berhubung usul yang dipilih untuk peserta debat Piala Tun Razak 2019, pada Isnin lalu.
Kata Mohd Asri, secara teknikalnya, debat merupakan latihan yang menjurus kepada kecerdasan minda bagi menguji pelbagai isu.
Begitu pun, perlu diberi perhatian kesesuaian usul sebelum ia didebatkan, tambahnya.
“Tajuk itu boleh memberikan, membawa kepada suatu makna yang salah dan memangsakan anggota debat itu... sebab dia dipilih, umpama saya diberí tajuk untuk pertahan (defend) lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) jadi saya terpaksa defend LGBT itu bukan semangat yang ada dalam diri saya," kata Dr Maza.
"Tapi oleh kerana saya nak menang, saya cari hujah dan itu akan jadi trend yang negatif dan pandangan yang negatif orang lain pada saya dan seolah olah saya yang meluahkan perkara yang menjadi perkara perkara yang menyanggahi norma masyarakat. Ini sangat tidak wajar," tambahnya.
BACA: Isu Debat Piala Tun Razak: Keterlibatan dua pelajar UiTM di luar pengetahuan institusi itu
Mohd Asri ditemui pada Majlis Perasmian Penutupan Simposium Psikologi dan Kaunseling Zon Utara, Jabatan Penjara Malaysia 2019 di Auditorium Pulapen, Pusat Koreksional Perlis, Arau.
Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, semua pihak khususnya penganjur, perlu meletakkan satu batas disiplin, meskipun masyarakat hari ini bersikap keterbukaan
Topic Berkaitan
#biseksual
#Dr Maza
#Dr Mohd Asri Zainul Abidin
#gay
#lesbian
#LGBT
#Piala Tun Razak 2019
#transgender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan