SEJAK perkhidmatan pengangkutan Mass Rapid Transit (MRT) dilancarkan, kita melihat pelbagai gelagat pengguna MRT yang kadang-kala sungguh kurang sopan.
Ada yang memanjat tiang pemegang di dalam tren, ada yang makan di dalam tren walaupun dilarang, dan ada yang suka memenuhi tempat kosong dengan beg barangan mereka.
Bagi memberi kesedaran kepada pengguna dan juga mengubah tabiat mereka, RapidKL bertindak memuat naik beberapa keping gambar tingkah laku kurang sopan pengguna dengan kapsyen yang menarik di laman Facebook mereka.
Pendekatan itu menerima pujian daripada netizen.
Selain itu, RapidKL hari ini turut melancarkan satu nombor telefon khas (010 766 4472) bagi pengguna tren untuk berkongsi pengalaman mereka menerusi gambar ketika menggunakan perkhidmatan LRT, MRT dan perkhidmatan monorel.
Imej dan maklum balas akan diuruskan oleh ahli pasukan komunikasi RapidKL.
Pasukan itu kemudian akan berkongsi imej dan maklum balas pengguna kepada ahli pasukan yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya.
Menurut Ketua Komunikasi Korporat Prasarana, Lim Jin Aun idea untuk mendedahkan tindakan vandalisme segelintir pengguna di laman Facebook RapidKL datang dari pengendali akaun tersebut.
“Berikutan pendedahan beberapa media tentang tindakan vandalisme oleh pengguna pengangkutan awam yang baru itu, kami memikirkan cara untuk memberi kesedaran dengan cara yang lebih berkesan.
“Memandangkan pada ketika itu, kami terima banyak gambar daripada pelbagai pihak termasuk rakan-rakan saya, jadi, kami memilih laman sosial untuk menyampaikan mesej kesedaran,” kata Lim apabila dihubungi Astro AWANI.
Bagaimanapun, Prasarana enggan mendedahkan identiti pengendali media sosial itu.
Apabila ditanya mengenai inisiatif pelancaran nombor telefon khas, Lim berkata ia adalah satu pendekatan untuk memudahkan pengguna berkongsi pengalaman mereka.
“Kami berhasrat untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan mendidik pengguna untuk menjaga aset awam yang berharga.
"Idea ini memang sudah difikirkan tapi kami rasa ini merupakan masa yang terbaik untuk melancarkannya.
“Kami tidak melancarkan nombor ini untuk menerima 'aduan', kami tidak merujuk ia sebagai ‘aduan’, tetapi sebagai maklum balas.
“Kami hargai apa jua maklum balas daripada pelanggan. Kalau kami terima maklum balas yang baik, kami akan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami, jika kami terima maklum malas yang tidak baik, kami akan ambil tindakan yang sewajarnya,” tambah Lim.
Beliau juga mengingatkan orang ramai bahawa pihaknya mungkin tidak dapat membalas semua kiriman mesej yang diterima dengan segera namun mereka akan memantau setiap gambar atau video yang dihantar oleh pengguna.
Berikut antara pendedahan RapidKL yang menarik perhatian netizen.
BACA: Anak siapa yang panjat tiang dalam tren MRT ni?'
BACA: Gantung buai di senggayut: 'Tindakan itu berbahaya"- MRT
BACA: Vandalisme MRT: 'Fasiliti kelas pertama dan minda kelas ketiga'
BACA: Kerusi ditoreh, dinding dicalar: Tak sampai 150 jam beroperasi, stesen MRT diancam vandalisme
Kohilah Sekaran
Tue Aug 01 2017
RapidKL hari ini melancarkan satu nombor telefon khas (010 766 4472) bagi pengguna tren untuk berkongsi pengalaman mereka menerusi gambar ketika menggunakan perkhidmatan LRT,MRT dan perkhidmatan monorail.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Suri rumah rugi RM130,000 selepas terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang suri rumah berusia 50-an kerugian RM130,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian di sini pada awal November lepas.
Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial
Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Taman Sungkai Perdana, Sungkai, yang tular di laman sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.
Garis badai bawa ribut petir, hujan lebat punca banjir di KL - MetMalaysia
Banjir kilat di sekitar ibu negara pagi ini berpunca daripada pergerakan garis badai yang membawa bersama ribut petir dan hujan lebat.
Pempengaruh perlu jadi pembayar cukai, tunjuk contoh kepada masyarakat - LHDN
Pempengaruh (influencer) masih perlu menjadi pembayar cukai walaupun tidak menerima bayaran secara berkala seperti individu yang menerima pendapatan tetap setiap bulan.
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Lelaki rugi RM124,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Lelaki warga tempatan kerugian RM124,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi laman sosial.
Hina Agong: Iswardy Morni diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang aktivis membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Agong.
Umat Islam diajak hayati sambutan Maulidur Rasul, perbanyak selawat
Ahmad Zahid mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1446 Hijrah kepada semua umat Islam dan mengajak mereka menghayati nilai-nilai murni yang telah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Polis kesan taktik penipuan tawar diskaun bil elektrik di Facebook
Polis sedang mengesan satu sindiket menawarkan diskaun pembayaran bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) tertunggak yang setakat ini telah mengakibatkan kerugian hampir RM280,000.
Sektor perkhidmatan kekal dominasi ekonomi Melaka - Ab Rauf
Sektor perkhidmatan kekal mendominasi ekonomi Melaka dengan menyumbang sebanyak 51.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.