KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan 1.9 juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya kendaliannya sempena perayaan Deepavali dan cuti tambahan persekolahan bermula esok hingga 26 Okt ini.
Ketua Pegawai Operasi PLUS Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata pihaknya mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk membantu orang ramai merancang perjalanan mereka selain membantu syarikat konsesi lebuh raya itu mengagihkan trafik yang bergerak di pelbagai destinasi.
"Jadual TTA ini boleh juga boleh dirujuk di laman sesawang www.plus.com.my serta saluran-saluran media sosial PLUS. TTA bertujuan mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di lebuh raya terutama di lokasi kritikal, plaza tol dan kawasan rehat sepanjang musim perayaan tersebut," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Beliau menasihati pengguna dari Lembah Klang yang akan pulang ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor mulai esok supaya memasuki lebuh raya sebelum 10 pagi manakala pengguna dari negeri terbabit yang bergerak ke Lembah Klang bermula 24 hingga 26 Okt, memasuki lebuh raya sebelum 10 pagi.
Katanya PLUS dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Polis Diraja Malaysia akan mengaktifkan Ujian Awam SmartLane (melibatkan pembukaan dan penggunaan lorong kecemasan kepada kenderaan) di laluan Bukit Tambun-Plaza Tol Juru dan Sungai Petani Selatan-Hentian Sebelah Tikam Batu bagi mengurangkan kesesakan.
Zakarian berkata PLUS juga akan memastikan tiada penutupan lorong atau kerja penyelenggaraan serta naik taraf atau pembinaan dilaksanakan di lebuh raya kendaliannya antara 21 hingga 25 Okt bagi memastikan tiada gangguan terhadap perjalanan orang ramai.
Beliau turut memaklumkan seramai 512 anggota PLUSRonda akan berada di lebuh raya untuk membuat rondaan dan membantu orang ramai, yang menyaksikan peningkatan lapan peratus berbanding hari biasa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022
PLUS juga akan memastikan tiada penutupan lorong atau kerja penyelenggaraan serta naik taraf atau pembinaan dilaksanakan antara 21 hingga 25 Okt. - Gambar fail
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
Sambutan Deepavali MADANI Hulu Selangor ukir senyuman buat anak yatim
Sekumpulan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Pusat Jagaan Swani Sivananda Kuala Kubu Bharu diraikan dalam suasana ceria bersempena dengan sambutan Deepavali MADANI Hulu Selangor 2023, pada Sabtu.
Kerajaan tanggung RM30 juta tol percuma semasa Deepavali
Pada tahun 2022, kerajaan menanggung kira-kira RM435 juta disebabkan penangguhan kenaikan tol.
Padah main mercun, lelaki didenda RM8,000
Tindakan lelaki bermain mercun di atas jalan raya di Kuala Sawah, Rantau, Jumaat lalu sehingga tular di Facebook membawa padah apabila dia didenda RM8,000.
KSM sentiasa ambil perhatian aduan berkaitan penganiayaan pekerja domestik asing
Kementerian Sumber Manusia (KSM) sentiasa mengambil perhatian terhadap laporan aduan pengurusan berkaitan pekerja domestik asing.
Hari Deepavali disambut meriah di seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya disambut meriah di seluruh negara hari ini.
Penganut Hindu sibuk lakukan persiapan akhir menjelang Deepavali
Penganut Hindu di negeri ini mengambil kesempatan cuti hujung minggu hari ini untuk melakukan persiapan akhir dengan membeli barangan keperluan menjelang sambutan perayaan Deepavali esok.
Tol percuma: Masih perlu sentuh Touch n Go, lakukan transaksi untuk rekod perjalanan
Pengarah Urusan PLUS Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata namun begitu tiada sebarang bayaran tol akan dikenakan.
Deepavali satu jalan membangun Malaysia yang madani - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia beragama Hindu yang meraikannya Ahad ini.
Deepavali: Peningkatan 73 peratus kenderaan di Lebuhraya KL-Karak
Sebanyak 692,000 kenderaan menggunakan lebuh raya KLK bagi tempoh empat hari bermula hari ini.
Kerajaan beri cuti tanpa rekod Deepavali kepada penjawat awam Hindu di Sarawak
Kerajaan bersetuju memberi cuti tanpa rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan menganut agama Hindu yang berkhidmat di Sarawak berkuat kuasa semalam.