KUALA LUMPUR: Perayaan Deepavali semalam diraikan dengan meriah dan penuh kegembiraan dalam suasana sambutan yang dilihat kembali seperti sebelum pandemik COVID-19.
Selepas dua tahun perayaan itu disambut secara sederhana dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang COVID-19, penganut agama Hindu kini dapat melakukan upacara sembahyang beramai-ramai di kuil dan menganjurkan rumah terbuka.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memeriahkan Deepavali dalam semangat Keluarga Malaysia dengan menghadiri rumah terbuka di kediaman Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran di Kota Kemuning, Shah Alam serta kediaman Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan di Bukit Damansara di sini semalam.
Tinjauan di beberapa kuil di seluruh negara mendapati penganut Hindu mula mengunjungi kuil seawal 5 pagi bagi melakukan upacara sembahyang dengan pakaian berwarna-warni.
Seorang pengunjung Kuil Sri Bala Thandayuthapani di Seremban, Negeri Sembilan, K. Sivalingam, 27, melahirkan rasa gembira kerana dapat melakukan upacara sembahyang di kuil beramai-ramai selepas negara terkesan dengan COVID-19.
Dalam pada itu, Pengerusi Kuil Arulmigu Rajamariamman Devasthanam, Raja Selan, 57, menjangkakan 3,000 orang mengunjungi kuil berusia 111 tahun di Johor Bahru, Johor itu, berbanding hanya 100 hingga 150 orang pada satu-satu masa mengikut SOP sebelum ini.
Kemeriahan sambutan pesta cahaya itu turut dirasai warga Switzerland, Edward McCulhy, 38, yang mengunjungi Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves di sini.
"Saya baru tiba di sini (Malaysia) beberapa hari lepas dan apa yang boleh saya katakan, Malaysia sangat menarik dan berwarna-warni dengan makanan, masyarakat serta perayaannya. Ini peluang untuk saya merasai pengalaman meraikan Deepavali," katanya yang sedang bercuti di Malaysia selama dua minggu.
Perayaan itu juga menjadi peluang buat mereka yang menyambutnya untuk berkumpul dengan saudara-mara dan jiran tetangga tanpa mengira kaum sambil menikmati pelbagai juadah termasuk kari ayam dan kambing, muruku serta manisan.
N. Munisamy, 44, yang ditemui kediamannnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Belakang Bomba di Gua Musang, Kelantan berkata dia mengadakan rumah terbuka untuk rakan-rakan Cina dan Melayu sebelum berkunjung ke rumah rakan serta keluarga lain pada sebelah petang.
Lee Man Theng, 41, pula melahirkan rasa gembira apabila dapat menghadiri rumah terbuka Deepavali rakannya itu dan merasai sendiri semangat Keluarga Malaysia.
Di Kota Kinabalu, Sabah pula, lebih 600 masyarakat pelbagai kaum dan agama memeriahkan sambutan Deepavali anjuran Persatuan Kuil Hindu Kota Kinabalu dan Kuil Sri Pasupathinath Alayam di Bukit Padang dengan pelbagai juadah dihidangkan kepada para tetamu.
Sementara itu, sambutan Deepavali sedikit terjejas berikutan penduduk di beberapa kawasan di daerah Kota Setar, Kedah mengalami gangguan bekalan air sejak semalam.
S Darshini, 33, yang ditemui di Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam berkata keluarganya terpaksa menempah beberapa jenis makanan dan kuih kerana tidak dapat memasaknya sendiri akibat tiada bekalan air di rumah yang terletak di Taman Mergong.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 24 2022
Penganut Hindu mula mengunjungi Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, bersama ahli keluarga seawal jam 8 pagi, bagi melaksanakan upacara keagamaan. -- fotoBERNAMA
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.
Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara
Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan.
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.
Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.
Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali diraikan dengan penuh meriah dan warna-warni hari ini dengan penganut agama Hindu di Malaysia seawal pagi mula membanjiri kuil.
Atlet, bekas atlet terima sumbangan sempena Deepavali
MSN bersama YAKEB dan F&N sampaikan sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang sempena sambutan Deepavali.
TPM, Jemaah Menteri ucap Selamat Menyambut Deepavali
Semoga Deepavali menjadi jambatan pengukuh ikatan kekeluargaan dan persahabatan serta menyemai keharmonian di negara ini.
PM Anwar ajak masyarakat hayati makna Deepavali
Pesta Cahaya tidak sekadar bawa kesejahteraan, tetapi turut meneruskan perjuangan ke arah kebaikan dan keadilan demi masa depan yang lebih baik, kata PM.