awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deklarasi New York: 'Hentikan kekejaman, baru runding' - PM Anwar

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
08/08/2025
09:40 MYT
Deklarasi New York: 'Hentikan kekejaman, baru runding' - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah tidak wajar untuk rundingan dilakukan dengan Israel yang berterusan melakukan pembunuhan dan kekejaman kepada penduduk Palestin.
PUTRAJAYA: Malaysia tidak menyokong sebarang rundingan lanjut berhubung konflik Israel-Palestin melainkan ia didahului dengan penamatan segera kepada pendudukan, keganasan dan pembunuhan beramai-ramai.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah tidak wajar untuk rundingan dilakukan dengan Israel yang berterusan melakukan pembunuhan dan kekejaman kepada penduduk Palestin.
“Pendirian kita jelas. Hentikan kekejaman, hentikan pembunuhan, dan hentikan pendudukan Gaza dan Palestin.
“Tidak boleh ada rundingan sebelum itu. Mana boleh kita berunding dengan orang yang datang ke rumah dan membunuh anak isteri kita,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Al-Quran beserta Terjemahan Bahasa ke 30 iaitu bahasa Rusia, serta Peluncuran Mushaf al-Ummah dan Kontena Penghantaran Al-Quran ke Perancis, pada Jumaat.
Pada 31 Julai lepas, persidangan peringkat tinggi PBB mengenai penyelesaian aman isu Palestin berakhir dengan penerimaan dua dokumen utama iaitu "Seruan New York" dan "Deklarasi New York" yang menyokong penyelesaian dua negara.
Namun, kedua-dua dokumen itu gagal menyentuh punca sebenar konflik iaitu pendudukan haram Israel di Palestin.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Gaza
#Israel
#Palestin
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan