Tindakan ke atas anggota UMNO yang menandatangani deklarasi rakyat menyokong penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri belum dibincangkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO, berkata Majlis Tertinggi UMNO juga belum berbincang sama ada wujud keperluan untuk mengadakan mesyuarat tergempar berhubung perkara itu.
"Kami tidak pernah berbincang mengenainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan serentak UMNO cawangan dan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri negeri Perak di sini hari ini.
BACA : Muhyiddin perlu dikenakan tindakan tegas, Dr M semakin tak rasional
BACA : Deklarasi Rakyat bukan untuk jatuhkan BN - Mukhriz Mahathir
Pada Jumaat, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir adalah antara 50 orang yang menandatangani deklarasi rakyat menyokong penyingkiran Najib, diketuai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penandatanganan lain termasuk Lim Kit Siang daripada DAP, Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali dan bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.
Ahmad Zahid turut menyelar dakwaan Mukhriz bahawa deklarasi itu bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), sebaliknya dibuat hanya untuk menggantikan Najib dengan perdana menteri lain.
Beliau menegaskan deklarasi itu boleh mengganggu-gugat sesebuah negara memandangkan perdana menteri adalah pemimpin yang dilantik untuk memimpin kerajaan.
"Ini bukan tentang individu tetapi institusi yang menjadi kemuncak kepimpinan yang membentuk kerajaan, dan jika ini diganggu-gugat, maka akan tergugatlah seluruh negara.
"Pemimpin mewakili institusi, maka dalam hal ini semua pihak sama ada dalam kepimpinan sedia ada atau tidak, perlu faham prinsip ini," katanya.
Ahmad Zahid menegaskan tindakan cuba menyingkirkan Najib menerusi deklarasi tersebut mempunyai hikmah tersendiri, termasuk akan menguatkan lagi sokongan anggota kepada perdana menteri, dan parti keramat orang Melayu itu.
Ahmad Zahid berkata UMNO mampu mematahkan gerakan untuk menyingkirkan kepemimpinan sedia ada menerusi deklarasi itu dengan cara menguatkan perpaduan dalam kalangan anggota.
Beliau berkata pemimpin dan anggota UMNO dari peringkat akar umbi perlu bersatu untuk menjaga nama baik parti serta sama-sama menghadapi segala cabaran bukan dengan mencari kesilapan seseorang.
"Jangan ingat kita bersifat maksum atau sempurna, kita ada akhlak dan adab. Pemimpin dahulu kita hormati, kesilapan-kesilapan lalu kita tutupi sebab kita tidak mahu mengaibkan kerana mengaibkan seseorang itu tidak ada dalam istilah Islam," katanya.
Bernama
Sun Mar 06 2016
ZAHID : Majlis Tertinggi UMNO juga belum berbincang sama ada wujud keperluan untuk mengadakan mesyuarat tergempar berhubung perkara itu. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Deklarasi Rakyat: Tindakan ke atas anggota UMNO yang terlibat belum dibincang
Majlis Tertinggi UMNO belum berbincang sama ada wujud keperluan untuk mengadakan mesyuarat tergempar berhubung perkara itu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.