awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Demi hiburkan penumpang, pramugari sanggup 'menyorok' dalam ruang simpanan bagasi

Isabelle Leong
Isabelle Leong
11/08/2019
03:16 MYT
Demi hiburkan penumpang, pramugari sanggup 'menyorok' dalam ruang simpanan bagasi
Southwest Airlines berkata pramugari itu hanya ingin menghibur dan berseronok dengan penumpang. -Twitter @Disko_InVERNo
PERCAYA atau tidak, syarikat penerbangan sanggup melakukan apa saja untuk menarik perhatian penumpang.
Namun apa yang dilakukan seorang pramugari syarikat penerbangan Southwest Airlines di Amerika Syarikat ini nyata luar biasa pendekatannya.
Dalam rakaman video yang viral di sosial media, pramugari syarikat penerbangan itu dilihat 'menyorok' dengan berbaring dalam ruangan simpanan bagasi ketika pesawat dalam perjalanan menuju ke Philadelpia dari Nashville.
Tambah pelik apabila dia melakukannya sambil mengarah penumpang ke tempat duduk mereka.
Penumpang pesawat itu nyata terkejut dengan aksi 'pelik' pramugari tersebut.
Penumpang yang memuat naik video di media sosial, Veronica Lloyd memberitahu Fox News bahawa kru kabin berkenaan berada di ruang bagasi itu selama 10 minit.
I cant get over how weird I find this. @SouthwestAir please get it together pic.twitter.com/bEHkMMgGXU
— Verny Vern (@Disko_InVERNo) July 29, 2019
“Amat menarik. Saya rasa dia melakukannya untuk menghiburkan penumpang,” kata Lloyd.
Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan tersebut berkata pramugari itu hanya ingin menghibur dan berseronok dengan penumpang.
“Kakitangan Southwest memang terkenal dengan sifat lucu dan unik mereka.
“Dalam situasi ini, salah seorang pramugari kami cuba berseronok dengan penumpang apabila mereka mula menaiki kapal terbang.
“Sudah tentu, ini bukan prosedur biasa kami, dan kru Southwest sentiasa memastikan keselamatan keutamaan mereka,” kata Southwest Airlines dalam satu kenyataan.
Topic Berkaitan
#bagasi
#gurau
#kru kabin
#pelik
#pramugari
#Southwest Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan