awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Demi nyawa, tangan mangsa runtuhan konkrit berhampiran LRT Gombak terpaksa dipotong

Astro Awani
Astro Awani
23/05/2019
01:13 MYT
Demi nyawa, tangan mangsa runtuhan konkrit berhampiran LRT Gombak terpaksa dipotong
Tangan kiri mangsa terpaksa dipotong akibat dihempap struktur besar konkrit yang runtuh. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Seorang lagi buruh binaan yang terperangkap dalam runtuhan konkrit berhampiran Stesen LRT Putra Terminal Gombak, berjaya ditemui dan dikeluarkan.
Bagaimanapun, tangan kiri mangsa terpaksa dipotong akibat dihempap struktur besar konkrit yang runtuh.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk dapatkan rawatan susulan.
“Mangsa yang terakhir akibat runtuhan konkrit itu berjaya dikeluarkan dengan hasil kerjasama oleh JBPM dan pihak HKL.
“Bagaimanapun tangan kirinya yang remuk terpaksa dipotong akibat dihempap struktur besar konkrit yang runtuh.
“Pihak kami telah jalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan empat ekor anjing pengesan dan setakat ini tiada mangsa lagi yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Sebelum ini dilaporkan, tiga mangsa dihempap akibat runtuhan konkrit itu.
Dua berjaya diselamatkan dan dikeluarkan lebih awal.
Jelas Nordin lagi, ketiga-tiga mangsa menjadikan tempat kejadian sebagai tempat penginapan.
Justeru, beliau menggesa pihak-pihak bertanggungjawab untuk bekerjasama jalankan siasatan sepenuhnya tentang penempatan mereka di situ.
“Pihak kami menerima panggilan pada jam 1.13 pagi dan hasil siasatan awal mendapati mereka menghuni di bawah bangunan ini.
“Mereka menjadikan tapak pembinaan yang berisiko ini sebagai tempat penginapan.
“Buat masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap sama ada mereka ini dibenarkan atau tidak untuk menghuni di kawasan pembinaan,” ujarnya.
Justeru, beliau menggesa pihak-pihak bertanggungjawab untuk bekerjasama jalankan siasatan sepenuhnya tentang penempatan mereka di situ.
Sementara itu, pihak pengurusan LRT laluan Kelana Jaya di laman Twitter @myrapidkl mengesahkan kawasan lokasi runtuhan tidak termasuk di Terminal LRT Putra Terminal Gombak.
Jelas laman itu lagi, pada masa ini, semua perkhidmatan LRT beroperasi seperti biasa.
LRT Kelana Jaya Line Update: Dear customers, we confirm that LRT Putra terminal Gombak was misidentified as the location of a building collapse incident at 1.13am today. Currently, all our services are operating normally. Please follow us on @MyRapidKL for updates. Thank you.
— RapidKL 03-78852585 (@MyRapidKL) May 23, 2019
Topic Berkaitan
#bangunan runtuh
#Hospital Kuala Lumpur
#LRT Putra
#Nordin Pauzi
#potong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan