Demi RM500, sanggup menyamar jadi mangsa banjir

Muhafandi Muhamad
Disember 4, 2017 04:38 MYT
Sukar untuk mengesan pihak yang mengambil kesempatan memandangkan status sebenar mangsa banjir di Pusat-Pusat Pemindahan Sementara (PPS) adalah terlalu ramai. -Gambar fail
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mengesan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan mendaftar sebagai mangsa banjir untuk mendapatkan wang ihsan RM500.
Timbalan menterinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata pihaknya sukar untuk mengesan memandangkan status sebenar mangsa banjir di Pusat-Pusat Pemindahan Sementara (PPS) adalah terlalu ramai.
"Saya dapat berita orang tak layak telah daftar di pusat pemindahan untuk dapat sumbangan. Jangan kita pergi daftar lepas tu tak duduk di Pusat Pemindahan sedangkan rumah kita air lalu sahaja depan rumah dan belum tenggelam. Tapi kerana nak dapatkan bantuan maka kita daftar sebagai mangsa," katanya.
Bagi perkembangan banjir Jazlan turut mengingatkan penduduk di Kelantan dan di kawasan terlibat supaya bersedia untuk menghadapi gelombang kedua kerana kebiasaannya Kelantan dilanda banjir lebih daripada sekali.
BACA: Kerajaan pusat akan kaji fenomena 'air termenung' di Tumpat
BACA: Mangsa banjir di Pahang masih kekal 71 orang
BACA: Jumlah mangsa banjir Terengganu menurun
BACA: Jumlah mangsa banjir di Kelantan semakin berkurangan
BACA: Mangsa banjir di Pahang kian meningkat
BACA: Keadaan banjir di Perlis makin pulih
#air #banjir #bantuan #daftar #ehsan #Kelantan #mangsa #mangsa banjir #mati lemas #menyamar #PPS #pusat pemindahan #ringgit #rumah #tipu