awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Denda Ahli Parlimen langgar peraturan dicadang naik kepada RM10,000

Sinar Harian
Sinar Harian
19/08/2023
09:09 MYT
Denda Ahli Parlimen langgar peraturan dicadang naik kepada RM10,000
Tan Sri Johari Abdul berkata, ia merupakan sebahagian daripada cadangan pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan kuasa)1952. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mana- mana Ahli Parlimen yang melanggar peraturan terutama mengeluarkan kata-kata tidak wajar semasa sesi sidang Parlimen bakal boleh dikenakan denda maksimum RM10,000.
Memetik laporan media tempatan, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, ia merupakan sebahagian daripada cadangan pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan kuasa)1952.
"Akta ini akan dipinda termasuk menaikkan denda maksimum daripada RM1,000 kepada 10,000 kepada ahli Parlimen yang melanggar peraturan dalam usaha ke arah menjadikan Parlimen kelas pertama.
“Ini memastikan denda yang dikenakan kepada ahli Parlimen yang membuat kata-kata tidak berparlimen dan mereka juga boleh digantung daripada Parlimen,” katanya.
Menurut Johari, diharapkan pindaan akta itu dapat membentuk perbahasan sidang Parlimen yang lebih profesional.
“Akta ini akan digubal bagi memastikan ahli Parlimen menyumbang kepada kemajuan negara dengan menghentikan segala tindakan dan kata-kata yang tidak berparlimen.
“Saya harap sidang akan datang, kita akan dapat menghasilkan perbincangan yang lebih baik atau ahli Parlimen akan dikenakan RM10,000 atau keluar dari Dewan,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#pindaan akta
#denda ahli parlimen
#langgar peraturan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan