awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
AS haramkan import dron, komponen buatan luar negara
Kecemerlangan Tang Jie-Ee Wei rangkul gelaran dunia warnai kalendar sukan negara 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Dengan izin Allah, hari ini jasadnya timbul'

Sinar Harian
Sinar Harian
16/11/2018
07:39 MYT
'Dengan izin Allah, hari ini jasadnya timbul'
Jasad mangsa timbul dalam jarak 300 meter dari lokasinya terjatuh. - Foto Sinar Harian
"Alhamdullillah ... jasad adik akhirnya ditemui," kata kakak kepada Konstabel Wan Mohd Arif Wan Yahya yang lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Paka, Durian Mentangau, Jumaat lalu.
Wan Suraya, 32 tahun berkata, sejak seminggu lalu mereka sekeluarga setia menunggu di tebing sungai itu setiap kali operasi pencarian dijalankan.
Menurutnya, berkat solat hajat besar-besaran di Masjid Jamek Paka malam tadi, akhirnya jasad abangnya ditemui.
"Memang kami tidak putus berdoa dan setiap hari lakulan solat hajat.
 Malam tadi sekali lagi solat hajat secara beramai-ramai dilakukan di Paka memohon usaha mencarinya dipermudahkan.
"Dengan izin ALLAH, hari ini jasadnya timbul dan walaupun operasi ini agak sukar, kami sekeluarga beramai-ramai tetap yakin dia akan ditemui," katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, walaupun sedih, keluarga berasa lega dengan penemuan jasad anggota dari Balai Polis Paka itu. "Memanglah sedih tapi sekurang-kurangnya jasad arwah ditemui.
"Ketika mayat ditemui ibu yang sakit dalam perjalanan menuju ke sini tetapi berpatah balik apabila dimaklumkan berita penemuan adik.
"Jenazah arwah akan dibawa pulang ke Pasir Mas untuk dikebumikan, "katanya. 
 Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 12.25 tengahari.
"Hari ini sudah masuk hari ke lapan operasi dan akhirnya usaha semua pasukan penyelamat berhasil.
"Jasad mangsa timbul dalam jarak 300 meter dari lokasi kejadian.
"Mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk urusan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarga," katanya.
Dalam kejadian jam 8.30 malam Jumaat lalu, Wan Mohd Arif, 28 tahun bersama suspek penjenayah dikenali sebagai Zam Ayam terjatuh ke dalam sungai sebelum dihanyut arus deras.
Mayat suspek berusia 39 tahun ditemui tersangkut pada ranting pokok di tebing sungai pada hari keempat operasi.
Topic Berkaitan
#balai polis paka
#durian mentangau
#Hospital Dungun
#konstabel wan mohd arif wan yahya
#lemas
#mangsa
#maut
#Sungai Paka
#Unit Forensik
#Zam Ayam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan