KUALA LUMPUR: Masyarakat perlu menghormati perasaan individu yang mengalami tekanan perasaan dengan mendengar luahan tanpa prasangka atau memandang remeh masalah mereka untuk membantu golongan ini meneruskan kehidupan.
Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Dr Azmawaty Mohamad Nor berkata persepsi negatif akan menjadikan golongan ini kian takut untuk meluahkan perasaan, sekali gus menyebabkan mereka mengasingkan diri serta meningkatkan risiko cubaan membunuh diri.
"Mereka rasa apa yang mereka buat orang akan pandang (negatif) dan ciri-ciri yang kita risaukan apabila mereka mula mengasingkan diri, mula berasa hidup ini sudah tidak bermakna dan cuba membunuh diri.
"Timbul rasa mahu bunuh diri apabila bagi mereka sudah tidak ada jalan keluar mahupun ruang untuk bercerita," katanya ketika ditemu bual dalam program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV di sini pada Isnin.
Berikutan itu, beliau berkata langkah kerajaan memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan cubaan bunuh diri merupakan langkah terbaik dalam usaha membantu mereka yang terkesan tampil mendapatkan bantuan.
"Kita perlu merawat bukan menghukum kerana mereka ini yang terkesan, jadi jalan terbaik adalah dengan memberi ruang dan bantuan, bawa mereka untuk mendaptkan kaunseling kerana faktor tiada ruang dan akses menyebabkan mereka buntu, susah untuk keluar dari kepompong itu," katanya.
Azmawaty berkata banyak kajian sebelum ini menunjukkan bahawa kaedah mengenakan hukuman atas tindakan cubaan membunuh diri tidak dapat membantu menyelesaikan masalah sebaliknya menyebabkan mereka beranggapan sudah tiada ruang untuk bercerita serta meluahkan perasaan.
Pada tahun 2022 sebanyak 703,000 individu didapati membunuh diri setiap tahun dengan perbezaan hanya 40 saat bagi setiap satu kematian yang berlaku.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
Masyarakat perlu menghormati perasaan individu yang mengalami tekanan perasaan dengan mendengar luahan tanpa prasangka atau memandang remeh masalah mereka untuk membantu golongan ini meneruskan kehidupan. - Gambar hiasan
Tambahan RM200 juta perkasa program TVET
Pembiayaan dalam bidang-bidang ini akan menggalakkan institusi TVET membangunkan program-program latihan selari dengan hasrat Kerajaan untuk memantapkan sektor dan industri dengan pertumbuhan dan nilai tinggi dan juga Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.
'Mat rempit' beri alasan 'cuma suka-suka' lumba, buat aksi bahaya
Cuma sekadar suka-suka. Itu alasan diberi dua penunggang motosikal selepas ditahan pada Sabtu kerana melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.
PM umum tambahan RM200 juta perkasa program TVET
Kerajaan mengumumkan pembiayaan tambahan RM200 juta bagi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang akan dapat dimanfaatkan oleh kira-kira 13,000 orang pelajar.
Konvoi bantuan di Gaza diserang, dirompak tanpa pelaku dihadapkan ke muka pengadilan
Philippe Lazzarini berkata konvoi bantuan kemanusiaan juga dihalang daripada memasuki Gaza.
LLM, syarikat konsesi diarah periksa dakwaan keretakan di SPE
LLM dan syarikat konsesi Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) diarah membuat pemeriksaan dan penilaian segera di persimpangan bertingkat lebuh raya berkenaan yang didakwa retak.
[TERKINI] Sambutan Hari TVET Negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke sambutan Hari TVET Negara 2024 di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kuala Langat.
Lelaki ditahan selepas serang Perdana Menteri Denmark
Tidak jelas sama ada Frederiksen, seorang Demokrat Sosial, mengalami kecederaan dalam serangan berkenaan.
HTN 2024: TVET MADANI sebagai laluan kerjaya utama
Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Antarabangsa), Kementerian Sumber Manusia, Datuk Norison Ramli, TVET Madani merupakan langkah strategik untuk memperkukuhkan sistem pendidikan sebagai salah satu laluan kerjaya utama kepada graduan.
Umat Islam Singapura, Indonesia sambut Aidiladha 17 Jun
Mengikut kiraan hisab berdasarkan kriteria 'imkanur rukyah', anak bulan Zulhijjah berada di atas ufuk Singapura selama 49 minit setelah matahari terbenam pada petang Jumaat.
HTN 2024: Sambutan Hari TVET platform sinergi industri & institusi
Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara (HTN) 2024 merupakan platform untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang sinergi yang wujud antara pihak industri dan institusi.
Dengar luahan bantu pesakit mental teruskan kehidupan - Pakar
Masyarakat perlu menghormati perasaan individu yang mengalami tekanan perasaan dengan mendengar luahan tanpa prasangka atau memandang remeh masalah mereka.
PKPD: Menara City One sunyi sepi, penduduk ibarat terpisah dari dunia luar
Meskipun didatangi berpuluh-puluh petugas kesihatan dari Kementerian Kesihatan, penduduk Menara City One berkata suasana di kondominium tersebut kini sunyi-sepi.