KAMPAR: Perak merekodkan peningkatan jumlah kumulatif kes demam denggi iaitu 2,005 kes sejak awal tahun ini berbanding 646 kes dalam tempoh sama tahun lalu, iaitu sebanyak 1,409 kes atau 218.1 peratus.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, A. Sivanesan berkata, keadaan itu adalah membimbangkan malah terdapat satu kematian denggi melibatkan seorang wanita dilaporkan di Kuala Kangsar pada Jun lepas.
"Pesakit yang bergejala harus mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan yang terdekat.
"Tindakan untuk mendapatkan rawatan awal adalah penting bagi mengelakkan berlakunya komplikasi dan juga kematian dalam kalangan mereka yang menghidap demam denggi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Denggi ASEAN Peringkat Negeri Perak bertemakan 'Ke Arah Sifar Kematian Denggi' dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat, Peringkat Daerah Kampar 2023, di sini, pada Sabtu.
Katanya, kes demam denggi juga sering meningkat ketika musim perayaan atau pilihan raya di mana ramai individu yang bergerak untuk pulang ke kampung dan sebagainya.
Justeru, beliau berkata, semua pihak diminta memikul tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan persekitaran sebagai langkah pencegahan demam denggi.
Menurutnya sehingga Julai lepas, sebanyak 237 pasukan sukarelawan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) telah ditubuhkan di seluruh negeri ini dengan jumlah sukarelawan seramai 2,300 orang sebagai agen kesihatan dalam komuniti bagi mengubah tingkah laku masyarakat setempat ke arah gaya hidup yang lebih sihat.
"Program COMBI di daerah Kampar ini merupakan yang paling aktif dengan lapan cawangan dan diharapkan dapat ditingkatkan di tempat-tempat lain. Setiap cawangan akan diberikan peruntukan RM3,000 bagi aktiviti yang dijalankan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 12 2023
Perak merekodkan peningkatan jumlah kumulatif kes demam denggi iaitu 2,005 kes sejak awal tahun ini berbanding 646 kes dalam tempoh sama tahun lalu, iaitu sebanyak 1,409 kes atau 218.1 peratus. - Gambar hiasan
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
Subsidi RM300 pelajar IPT dalam Sabah pulang ke kampung - Hajiji
Hajiji berkata, kerajaan negeri yang sentiasa mendengar keluhan rakyat akan menunaikan hasrat pelajar yang meminta bantuan sekali bayar itu.
KPDN Selangor, kerajaan negeri teliti pelaksanaan kad diskaun galak peniaga terus tawarkan Menu Rahmah
KPDN Selangor bekerjasama dengan kerajaan negeri memperinci mekanisme kad diskaun bagi peniaga Menu Rahmah.
KPDN laksana pemantauan pastikan peniaga patuh SHMMP Deepavali 2024
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan pemantauan bagi memastikan peniaga mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024, yang berkuat kuasa tu
Parlimen: Beli tiket penerbangan seawal mungkin untuk harga lebih murah - Hasbi
Syarikat penerbangan bersetuju menambah kapasiti penerbangan dari semasa ke semasa sebagai usaha menangani masalah harga tiket yang tinggi ketika musim puncak.
KPDN terima laporan harga rempah ratus naik menjelang Deepavali
Armizan berkata, bagaimanapun berkata, melalui hasil semakan pihak Kementerian, ia tidak melibatkan semua barangan yang dimaklumkan PHA.
Bekalan ayam belanda musim perayaan dijangka stabil - DVS
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan tiada wabak penyakit berlaku dalam pengeluaran ayam belanda dan bekalan negara sempena musim perayaan dijangka stabil.
Melaka cadang wujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan libatkan tiga negeri
Kerajaan Melaka bercadang mewujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan melibatkan tiga negeri termasuk Negeri Sembilan dan Johor yang akan memberi manfaat dalam pelbagai aspek kepada negeri berkenaan.
Aidiladha: Warga kota pilih bas pulang ke kampung kerana kos murah, dapat rehat
Warga kota memilih menggunakan bas untuk pulang ke kampung halaman kerana harga tambang yang lebih murah dan mempunyai masa yang lebih panjang untuk berehat berbanding memandu kenderaan sendiri.
Jajaran Seksyen 7 WCE siap Mac 2026 - Nanta
Pembinaan Jajaran Tanjong Karang-Assam Jawa di Seksyen 7 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) telah mencapai tahap 71 peratus, dan dijanga siap pada Mac 2026.
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.