awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Denggi: Selangor rekod 49 kematian sejak Januari

Bernama
Bernama
16/10/2019
20:37 MYT
Denggi: Selangor rekod 49 kematian sejak Januari
Sebanyak 49 kematian direkodkan daripada 57,980 kes denggi yang dicatatkan di seluruh Selangor sejak Januari sehingga 12 Okt tahun ini. -Gambar hiasan
Sebanyak 49 kematian direkodkan daripada 57,980 kes denggi yang dicatatkan di seluruh Selangor sejak Januari sehingga 12 Okt tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara kes denggi di negeri ini iaitu sebanyak 77 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
"Bacaan sehingga minggu ke 41 tahun ini, kumulatif kes denggi di Selangor telah mencecah 57,980 mewakili 55 peratus daripada keseluruhan kes di Malaysia.
"Antara daerah yang mencatatkan kumulatif kes denggi tertinggi dalam tempoh yang sama adalah Petaling sebanyak 21,858 kes, Hulu Langat (12,245 kes), Klang (10,698 kes) dan Gombak (7,497 kes)," katanya dalam satu sidang media di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, pihaknya turut mengenal pasti 122 titik panas wabak denggi di seluruh negeri ini meliputi 39 tempat di Petaling, Gombak (24), Hulu Langat (21) dan Klang (14).
Dr Siti Mariah mendakwa faktor utama mendorong kepada peningkatan kes denggi adalah disebabkan kepadatan penduduk yang terlalu tinggi di Selangor.
"Kepadatan penduduk di Selangor yang dianggarkan berjumlah 6.52 juta orang ini mewakili 20 peratus kependudukan di seluruh Malaysia malah jumlah rakyat negeri ini yang sering berulang alik untuk bekerja di Kuala Lumpur turut dilihat menjadi punca kepada peningkatan kes denggi," kata beliau.
Selain itu katanya, pertambahan jumlah warga asing di Selangor dengan keadaan kawasan kediaman mereka yang sering menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes juga menjadi penyumbang kepada peningkatan kes wabak tersebut.
Sehubungan itu, Dr Siti Mariah berkata pihaknya sedang menggiatkan usaha bagi membanteras lokasi pembiakan nyamuk aedes di sekitar negeri berkenaan dan antara sasarannya adalah bangunan terbiar, pusat kitar semula haram, tapak binaan terbengkalai, kenderaan terbiar, kebun haram serta kawasan pembuangan sampah yang tidak terkawal.
"Saya juga ingin mengingatkan penduduk Selangor supaya menjalankan tanggungjawab bersama dengan memastikan tempat kediaman dan tempat kerja sentiasa bebas daripada pembiakan nyamuk ini...tolong jangan letakkan tanggungjawab ini di bahu kami mahu pun Kementerian Kesihatan semata-mata," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#denggi
#Dr Siti Mariah Mahmud
#Gombak
#Hulu Langat
#Klang
#Petaling
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan