awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Denggi terus menular, rakyat perlu waspada

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
21/04/2020
12:01 MYT
Denggi terus menular, rakyat perlu waspada
Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 596 kes diikuti dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya (151 kes), Johor (123 kes), Perak (62 kes) dan Negeri Sembilan (54 kes). - Foto BERNAMA
Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati rakyat di negara ini untuk terus prihatin selain mengambil langkah berjaga-jaga terhadap jangkitan denggi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata walaupun negara ketika ini sedang berdepan wabak COVID-19, namun tidak bermakna kebersihan persekitaran kediaman diabaikan.
"Denggi masih menular dalam komuniti kita. Kita sarankan, pastikan buat pembersihan di perumahan dan persekitaran.
"Katakanlah apabila kita tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, yang penting adalah mereka pulang ke pejabat dan pastikan persekitaran bersih daripada jangkitan atau pembiakan nyamuk di kawasan," katanya pada sidang media harian berkaitan COVID-19 di sini pada Selasa.
Dr Noor Hisham ditanya mengenai kebimbangan rakyat ketika ini yang tertumpu kepada COVID-19, sedangkan kes denggi masih berlaku di negara ini.
Berdasarkan statistik baharu KKM, sebanyak 1,172 kes demam denggi dilaporkan berlaku di seluruh negara antara 12 April sehingga 18 April lalu iaitu peningkatan 4.5 peratus berbanding 1,121 kes pada minggu sebelumnya.
Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 596 kes diikuti dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya (151 kes), Johor (123 kes), Perak (62 kes) dan Negeri Sembilan (54 kes).
Topic Berkaitan
#denggi
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kebersihan persekitaran
#Kementerian Kesihatan
#kes denggi
#koronavirus
#statistik denggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan