awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Derita Muhammad Aziem lahir tanpa lidah, lelangit dan jantung berlubang

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
21/04/2021
05:16 MYT
Derita Muhammad Aziem lahir tanpa lidah, lelangit dan jantung berlubang
Zahirnya, Muhammad Aziem Haikal Fitri Abdullah kelihatan normal, namun, penderitaan yang dilaluinya sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. - Gambar Astro AWANI
TANAH MERAH: Siapa sangka fizikalnya kelihatan normal seperti kanak-kanak lain, namun Muhammad Aziem Haikal Fitri Abdullah yang berusia setahun 10 bulan melalui hidup yang sukar kerana dilahirkan tanpa lidah.
Menurut ibunya, Hasnida Che Omar, 31, kesedihan tambah berganda apabila anak bongsu daripada empat beradik itu juga tidak mempunyai lelangit dan gusi bahagian bawah selain menghidap jantung berlubang.
Kerana kekurangan itu, Muhammad Aziem hanya mampu menerima susu khas yang disalurkan menerusi tiub dari mulut terus ke perutnya sebagai makanan.
“Bila melihat abang dan kakaknya makan, dalam hati kita mula terasa sedih kerana Aziem hanya harapkan susu sahaja untuk kenyangkan perut. Kalau boleh nak minta tolong sangat pembedahan dibuat secepat mungkin.
“Dalam bulan baik ini, kita nak juga tengok dia sihat seperti orang lain tetapi disebabkan COVID-19 pembedahannya kena tangguh,” kata Hasnida ketika ditemui Astro AWANI di kediamannya di Kampung Bukit Gading, di sini.
Muhammad Aziem hanya mampu menerima susu khas yang disalurkan menerusi tiub dari mulut terus ke perutnya sebagai makanan. - Gambar Astro AWANI
Muhammad Aziem hanya mampu menerima susu khas yang disalurkan menerusi tiub dari mulut terus ke perutnya sebagai makanan. - Gambar Astro AWANI
Muhammad Aziem melalui proses kelahiran secara normal, namun, doktor mengesan ada kelainan padanya sebaik sebaik dilahirkan Hasnida.
Bahkan, doktor mengkategorikan kes Muhammad Aziem sebagai kes terpencil ibarat ‘satu dalam sejuta’.
Kata Hasnida, doktor yang merawat anaknya itu turut memaklumkan, Muhammad Aziem mempunyai lidah namun ia terlekat pada bahagian tekak dan tidak kelihatan di dalam mulut.
Disebabkan itu, Muhammad Aziem, katanya, perlu menjalani beberapa siri pembedahan.
Pada awalnya, Muhammad Aziem sepatutnya dijadualkan menjalani pembedahan menampal lelangitnya di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ 2) pada Februari lalu, namun terpaksa ditunda akibat COVID-19.
Disebabkan kesempitan hidup yang dilalui Hasnida dan suami, susu yang diminum Muhammad Aziem terpaksa digantikan kepada yang lebih murah berbanding sebelum ini yang berharga RM104 setin.
Hasnida dan suami memerlukan kos hampir RM1,000 sebulan untuk menyediakan keperluan Muhammad Aziem terutamanya bagi membeli susu, lampin pakai buang termasuk wayar untuk digantikan hampir setiap bulan.
Pendapatan keluarga itu dengan berniaga di pasar malam hanya sekitar RM700 sebulan, namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Hasnida dan suami tidak dapat berniaga seperti biasa dan terpaksa menggunakan wang yang ada selain hanya mengharapkan bantuan keluarga.
Sesiapa yang ingin membantu meringakan beban keluarga ini, boleh menghulurkan bantuan melalui pindahan wang ke akaun Bank Simpanan Nasional (0311229000353543) milik Hasnida Che Omar atau menghubungi suaminya, Abdullah ditalian 013-7619303.
Topic Berkaitan
#lahir tanpa lidah
#lelangit
#gusi
#jantung berlubang
#Muhammad Aziem Haikal Fitri Abdullah
#Hasnida Che Omar
#Tanah Merah
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan