KUALA LUMPUR: Semua derma oleh rakyat Malaysia kepada Palestin menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam negara sehingga kini adalah bagi keperluan penduduk negara itu, dan bukannya untuk masjid Al-Aqsa.
Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Dr Hafidzi Mohd Noor berkata semua derma yang dikumpulkan sejak 17 tahun lepas adalah bagi kumpulan penerima yang disasar di Palestin, termasuk yang tinggal berhampiran dengan Masjid Al-Aqsa dan Baitulmuqaddis.
Beliau berkata demikan bagi menolak dakwaan yang timbul tahun lepas, yang mengatakan derma yang dikumpulkan NGO Malaysia sehingga kini, langsung tidak sampai kepada Masjid Al-Aqsa, dan menurutnya dakwaan itu kini dilihat muncul kembali baru-baru ini.
Beliau menjelaskan bahawa penyenggaraan masjid itu diuruskan oleh Jerusalem Wakaf Department di bawah Kementerian Wakaf Jordan.
"Dana (derma) yang kita kumpulkan adalah bagi tujuan pendidikan, pengangkutan, perubatan, penjagaan kesihatan dan juga makanan. Kita tidak pernah kumpul dana untuk disumbangkan kepada masjid itu (Al-Aqsa)," katanya kepada Bernama semalam.
Menurutnya berita yang disiarkan beberapa media yang memetik duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali tahun lepas berhubung perkara itu, adalah mengelirukan dan tidak tepat.
Tahun lepas, Walid dilaporkan berkata sumbangan derma yang dikumpulkan oleh NGO Malaysia tidak sampai kepada dana Masjid Al-Aqsa sejak bertahun-tahun lamanya, berita itu menjadi tular sejak beberapa hari lepas, sekali gus menarik perhatian ramai.
Sementara itu Pengerusi Palestinian Culture Organisation Malaysia (PICOM) Muslim Imran berkata beliau percaya sumbangan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada Malaysia penting dalam mengukuhkan dan menaikkan semangat rakyat Palestin.
Beliau berkata Malaysia adalah salah sebuah negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berterusan menyumbang kepada sektor kesihatan, pendidikan dan masyarakat awam Palestin.
"Sekiranya NGO Malaysia menghentikan usaha mereka, penduduk Palestin akan menerima kesan yang serius di Semenanjung Gaza," tambahnya.
Muslim menegaskan bahawa dakwaan derma yang dikumpulkan NGO Malaysia gagal untuk sampai kepada penduduk Palestin adalah palsu, dan perkara itu telahpun dijelaskan oleh pihak berkuasa Malaysia, NGO dan badan pemantau kewangan tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 16 2021
Menurut Dr Hafidzi, berita yang disiarkan beberapa media memetik duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali tahun lepas, adalah mengelirukan dan tidak tepat. - Gambar fail BERNAMA
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Malaysia hantar 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza setakat ini - Mohamad
Malaysia setakat ini telah menghantar lebih 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui inisiatif Ops Ihsan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang lain.
Isu Ratu Naga: Tiada transaksi pemindahan wang libatkan pegawai JPM - Azam Baki
SPRM tidak menemukan sebarang transaksi pemindahan wang terhadap mana-mana pegawai di Jabatan Perdana Menteri yang diterima daripada NGO.
Bacaan Deklarasi Kemerdekaan dan laungan 'merdeka' oleh PM di Melaka esok
Bacaan Deklarasi Kemerdekaan dan laungan 'merdeka' oleh Anwar di Dataran Memorial Kemerdekaan, Banda Hilir malam esok.
Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan
MyCare sentiasa bersedia untuk menjalankan pengauditan bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan dana kutipan derma.
Mapim, NGO dari 50 negara kerjasama bantu bina semula Palestin
Sehingga kini, Mapim sudah berbincang dengan NGO dari 26 negara bagi tujuan itu.
NGO perlu terus aktif pupuk perpaduan, pelihara kebajikan komuniti - Ramanan
NGO perlu terus memainkan peranan secara aktif untuk bersama-sama memupuk perpaduan dan memelihara kebajikan dalam kalangan komuniti.
Segelintir NGO manipulasi mangsa penipuan - Bukit Aman
Polis mengesan ada segelintir NGO yang mengambil peluang daripada masalah yang dihadapi mangsa penipuan bagi mengaut keuntungan.
ABIM, 58 NGO serah memorandum nyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan
ABIM bersama 58 NGO serah memorandum 'Rakyat Mahu Kerajaan Stabil' kepada Perdana Menteri.