awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Derrick Gan terima hadiah skuter selepas pulang dari Doha!

Gempak
Gempak
28/01/2024
08:41 MYT
Derrick Gan terima hadiah skuter selepas pulang dari Doha!
Derrick menerima sebuah motor skuter Modenas Karisma bernilai RM5,400. - Gambar/ Gempak
PENGORBANAN yang tidak sia-sia buat penyokong Harimau Malaya yang tular di media sosial, Derrick Gan.
Dia dikejutkan oleh penyampai 3 Pagi Era, Radin sejurus tiba di lapangan terbang KLIA dari Doha, Qatar malam tadi.
Derrick menerima sebuah motor skuter Modenas Karisma bernilai RM5,400 dihadiahkan oleh Ketua Pegawai Esekutif Modenas Roslan Roskan.
“Saya tidak menyangka menerima sebuah motosikal skuter selepas pulang daripada menonton perlawanan bola sepak di Doha antara Malaysia dan Korea Selatan.
“Saya akan gunakan skuter ini dengan sebaiknya dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Modenas dan juga radio Era yang menyambut kepulangan saya dengan penuh kejutan.
“Ia satu pengalaman yang luar biasa, mengembirakan dalam hidup saya serta tidak akan lupakan.
“Selain itu, skuter ini juga sebagai hadiah istimewa dan simbolik untuk meraikan hari lahir saya pada 28 Januari ini,” katanya.
View this post on Instagram
A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)
Dalam pada itu, Derrick juga berkesempatan membuat panggilan video bersama penjaga gol Malaysia, Syihan Hazmi.
Syihan akui berbangga dengan semangat Derrick yang begitu semangat menyokong pasukan bola sepak negara.
View this post on Instagram
A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)
Terdahulu, Derrick menjadi tumpuan peminat bola sepak negara selepas menjual motosikal kesayangannya untuk membiayai perjalanan ke Doha.
Dia berbuat demikian untuk menonton perlawanan bola sepak kelayakan Piala Asia untuk memberi sokongan penuh kepada pasukan Harimau Malaya. - Gempak
Keputusan, jadual dan berita terkini Piala Asia Qatar 2023 di sini
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#derrick gan
#Piala Asia 2023
#hadiah istimewa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan