JOHOR BAHRU: Tekanan dan desakan hidup dipercayai mendorong seorang lelaki bertindak di luar kewarasan apabila sanggup mengelar leher isterinya dan bayi mereka yang baru dilahirkan di sebuah rumah di Bakar Batu di sini pada Isnin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu mangsa, Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan bayinya, Hans Mohd Thakif Amir, ditemui berlumuran darah dengan kesan kelar pada leher di luar rumah teres didiami pasangan muda itu.
Bapa mangsa, Rosman Ahmad, 58, menyedari kejadian yang menimpa anak ketiga dari enam beradik itu setelah diberi tahu anak sulungnya.
"Anak saya telefon beritahu ada masalah dekat rumah ini, saya terus bergegas ke rumah anak saya (Hajar Nursyahirin), terkejut tengok cucu dan ibunya terbaring dengan berlumuran darah di halaman rumah.
"Kami terus periksa dan dapati ada kesan tikaman pada leher kedua-duanya," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Isnin.
Difahamkan, sejurus melihat isteri dan bayinya berlumuran darah, suspek yang berusia 24 tahun itu bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal dalam keadaan berbogel sebelum kejadian itu tular.
Rosman berkata, Hans Mohd Thakif merupakan cucu keempat dan anak sulung kepada pasangan berkenaan yang baharu melangsungkan perkahwinan pada Ogos tahun lalu.
"Anak (Hajar Nursyahirin) dan keluarganya ada merancang untuk mengadakan majlis akikah sempena menyambut kelahiran bayi sulung mereka selain mengadakan majlis resepsi perkahwinan.
"Saya difahamkan suspek (menantunya) tidak mempunyai sebarang masalah atau bergaduh dengan isterinya," katanya.
Sementara itu, ibu suspek, Norazlina Hamdan, 50, hampir rebah selepas melihat cucu dan menantunya terbaring tidak bernyawa.
"Dalam kepala tak tau nak fikir apa, saya tanya apa berlaku dan siapa buat, bila dapat cerita macam tu kita reda. Shirin (Hajar Nursyahirin) tiada pula cerita dengan adik-beradik, tak ada pula mengadu apa masalah kewangan mereka," katanya.
Dalam pada itu, adik suspek, Aiman Adam, 18, yang sedang bekerja di sebuah pusat beli-belah di bandar raya ini memberitahu dia diminta pulang dengan segera oleh ibunya sebelum kejadian itu dimaklumkan kepadanya.
"Apabila sampai, saya terkejut kerana kawasan berkenaan sudah dipenuhi orang ramai, termasuklah sekumpulan pegawai polis. Abang (suspek) bukan jenis pemarah, dia baik-baik sahaja dan saya tidak pernah dengar mereka ada sebarang masalah dalam perkahwinan," katanya.
Bapa suspek, Adam Abdullah, 55, pula hanya enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara yang berlaku kerana tidak mampu untuk berfikir apa-apa ketika ini.
Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki warga tempatan yang disyaki membunuh isteri dan bayilelakinya di sebuah rumah di kawasan Bakar Batu di sini pada Isnin, telah ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek berusia 24 tahun ditahan polis dalam keadaan berbogel di sekitar Permas Jaya, di sini kira-kira jam 2.45 petang Isnin.
Katanya, tangkapan terhadap suspek dibuat susulan laporan polis berhubung kejadian bunuh melibatkan seorang ibu berusia 26 tahun dan seorang bayi lelaki.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Jul 04 2022
Rosman Ahmad, 58, berkata dia menyedari kejadian yang menimpa anak ketiga dari enam beradik itu setelah diberi tahu anak sulungnya. - Gambar/ Sinar Harian
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
Desakan hidup dipercayai punca lelaki kelar isteri, bayi
Bapa mangsa, Rosman Ahmad, 58, menyedari kejadian yang menimpa anak ketiga dari enam beradik itu setelah diberi tahu anak sulungnya.