awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas kelar isteri, bayi 3 bulan sehingga maut lelaki berbogel naik motosikal

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
04/07/2022
10:05 MYT
Selepas kelar isteri, bayi 3 bulan sehingga maut lelaki berbogel naik motosikal
Di kediaman inilah seorang wanita yang baru habis berpantang, Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan bayinya, Hans Mohd. Thakif Amir ditemui maut. - Gambar PDRM
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 24 tahun yang tergamak mengelar leher isterinya yang baru habis berpantang dan anak kecilnya berusia tiga bulan sehingga maut bertindak meninggalkan tempat kejadian dengan menunggang motosikal dalam keadaan berbogel.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Polis, Raub Selamat berkata, mangsa, Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan bayinya, Hans Mohd. Thakif Amir, ditemui maut di sebuah rumah di Jalan Dewasa, Bakar Batu, di sini, pada pukul 12.30 tengah hari tadi.
"Bertindak atas maklumat, pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) telah berjaya membuat penangkapan ke atas suspek lelaki tempatan yang berusia 24 tahun di Permas Jaya, dua jam kemudian.
"Suspek yang ditangkap dalam keadaan bogel menunggang motosikal seperti yang tular di sosial media. Turut dirampas adalah sebilah pisau pemotong daging dan sebuah motosikal berwarna merah," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Menurut Raub, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan
Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi pihak polis di IPD JBS menerusi talian 07-2182323.
Topic Berkaitan
#lelaki berbogel
#kelar isteri habis pantang
#kelar bayi 44 hari
#Bakar Batu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan