Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih kuat sekiranya wujud lebih banyak detik-detik kebersamaan dalam kalangan rakyat, kata perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Berucap pada sambutan Hari Malaysia 2016 peringkat kebangsaan di sin malam ini, katanya Malaysia telah berdepan dengan banyak cabaran dan halangan sejak pembentukan negara 53 tahun lepas tetapi dengan perpaduan rakyat, negara menjadi kukuh dan berjaya.
"Ini kerana kita menjadi sebagai satu keluarga besar...kita kuat dan oleh kerana kita bersatu, kita dapat bangkit bersama-sama untuk berdepan dengan cabaran," katanya.
Menurutnya, rakyat Malaysia hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan rasa kebersamaan, antara lain, mencari titik persamaan dan detik-detik perpaduan yang boleh memperkukuhkan perpaduan sosial.
Najib berkata detik-detik perpaduan boleh ditemui dalam bidang sukan dan kesenian.
"Apabila Pandelela Rinong, yang merupakan seorang wanita Bidayuh berjaya di Sukan olimpik Rio, kita semua sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dapat berkongsi kejayaannya. Begitu juga atlet Paralimpik yang membuat kita semua bangga dengan pencapaian rekod dunia.
"Apabila Ketua Menteri (Sarawak) Tan Sri Adenan Satem mendendangkan lagu 'The Young Ones', kita semua berasa amat terhibur. Ini adalah perkara-perkara yang perlu kita cari dalam kalangan kita," katanya.
Dalam perkembangan lain, perdana menteri berkata rakyat Sarawak telah membuat keputusan tepat untuk menerima pembentukan Malaysia pada 1963 bersama-sama dengan negeri-negeri di Malaya, Borneo Utara dan Singapura (yang meninggalkan Persekutuan pada 1965).
Katanya pembentukan Malaysia telah membantu menghidari anacaman dalaman dan luaran seperti komunisme.
Najib berikrar bahawa beliau akan meneruskan agenda untuk membangunkan kedua-dua Sarawak dan Sabah supaya rakyat di negeri itu dapat menikmati pembangunan yang inklusif dan seimbang.
Sambutan Hari Malaysia dengan tema 'Sehati Sejiwa' di tapak lapangan terbang lama Bintulu itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud. -Bernama
Bernama
Fri Sep 16 2016
Malaysia telah berdepan dengan banyak cabaran dan halangan sejak pembentukan negara 53 tahun lepas tetapi dengan perpaduan rakyat, negara menjadi kukuh dan berjaya. -Bernama
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Detik-detik kebersamaan perkukuh kekuatan negara - PM
Malaysia telah berdepan dengan banyak cabaran dan halangan sejak pembentukan negara 53 tahun lepas tetapi dengan perpaduan rakyat, negara menjadi kukuh dan berjaya.