KUALA LUMPUR: Kerajaan wajar mempertimbangkan untuk menggubal undang-undang berkaitan diskriminasi seperti Akta Anti-Diskriminasi, bagi menjamin keharmonian dalam kalangan masyarakat, Dewan Negara diberitahu.
Memandangkan negara belum mempunyai undang-undang khusus mengenai perkara itu, Senator Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata perbincangan lanjut perlu dilakukan, bagi memastikan penggubalan akta itu mengambil kira realiti masyarakat majmuk di negara ini.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga menyarankan, supaya kerajaan lebih tegas menangani isu kebencian kaum dan agama yang dibuat melalui ucapan, dengan mewujudkan Undang-undang Anti Ucapan Kebencian.
"Tanpa undang-undang yang khusus, kita bimbang isu-isu perkauman dan agama sempit ini, akan terus dimainkan yang akhirnya boleh memecah belahkan masyarakat. Kita perlu hentikannya...sebab itu perlu ada Undang-undang Anti Ucapan Kebencian.
"Sekarang adalah masa yang sesuai untuk ia digubal dan dilaksanakan, kerana kita sememangnya memerlukan satu bentuk perundangan yang tegas untuk pastikan SDG (matlamat pembangunan lestari), keamanan, inklusiviti dan kesamarataan ini, tidak menjadi ancaman kepada negara," katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Negara hari ini.
Pada 2018, Mujahid yang ketika itu bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Agama dilaporkan berkata kerajaan akan memperkenalkan Akta Kebencian Agama dan Kaum, bagi menyekat budaya mencaci dan memaki agama sekali gus melindungi semua agama dalam negara.
Dalam hal yang sama, seorang lagi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 25 Julai lepas, juga mencadangkan supaya kerajaan menggubal Akta Kebencian Kaum dan Ekstremisme Agama, bagi menangani isu membabitkan provokasi 3R (agama, bangsa dan raja).
Sementara itu, Senator Datuk Dr Hatta Md Ramli pula mencadangkan, kerajaan menubuhkan sebuah yayasan atau jawatankuasa berkaitan tanah wakaf, untuk membangunkan tanah-tanah tersebut bagi menjana ekonomi umat Islam di negara ini.
Beliau percaya penubuhan yayasan atau jawatankuasa itu mampu memacu pembangunan tanah-tanah wakaf dengan lebih baik, tidak terkecuali 16 peratus tanah wakaf yang belum dibangunkan sebagaimana di dalam laporan KSP RMK12.
"Kita mempunyai aset tanah wakaf yang agak besar dengan nilainya dianggarkan berbilion. Dengan perancangan yang baik, keuntungan daripada aktiviti di tanah-tanah tersebut boleh disalurkan untuk kebajikan golongan asnaf dan masyarakat setempat," katanya.
Senator Datuk Dr Arman Azha Abu Hanifah pula menyarankan, kerajaan melihat semula aspek penggunaan teknologi makanan bagi memastikan kelangsungan sekuriti makanan negara terjamin.
Beliau berkata jaringan teknologi makanan yang canggih, mampu menjana pengeluaran makanan yang lebih optimum, dan dalam masa sama membuka lebih banyak peluang pekerjaan, sekali gus menangani isu pengganguran serta peningkatan kos sara hidup.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023
Senator Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata perbincangan lanjut perlu dilakukan, bagi memastikan penggubalan akta itu mengambil kira realiti masyarakat majmuk di negara ini. - Gambar fail/BERNAMA
Jelang cuti sekolah, Imigresen lanjut waktu operasi
Waktu pengoperasian di 72 pejabat pengeluar pasport dan kaunter Jabatan Imigresen (JIM) di seluruh negara dilanjutkan selama tiga jam pada cuti persekolahan minggu depan.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata langkah itu diambil sebagai usaha mengatasi kesesakan pelanggan yang datang memohon atau membaharui pasport bersempena dengan musim cuti itu.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata langkah itu diambil sebagai usaha mengatasi kesesakan pelanggan yang datang memohon atau membaharui pasport bersempena dengan musim cuti itu.
[TERKINI] Mangsa diasingkan daripada keluarga seawal usia 2 tahun
Siasatan mendedahkan mangsa-mangsa yag ditenpatkan di pusat amal dipercayai milik Global Ikhwan Service and Business Holding (GISB Holding) itu merupakan generasi ketiga atau keempat yang diasingkan daripada keluarga seawal usia dua tahun.
[TERKINI] Polis sahkan jumlah sebenar 392 mangsa
Polis mengesahkan jumlah sebenar mangsa yang diselamatkan menerusi Op Global iaitu serbuan ke atas 20 rumah amal dipercayai milik Global Ikhwan Service dan Business Holding (GISB Holding) di sekitar Selangor dan Negerei Sembilan adalah sejumlah 392 kanak-kanak.
Belanjawan 2025: KESUMA tumpu perkasa institusi TVET di bawah kementerian
Kementerian Sumber Manusia menumpukan agenda memperkasakan institusi TVET di bawah kementerian itu menerusi Belanjawan 2025.
Imigresen lanjut waktu operasi pejabat pada musim cuti sekolah
Langkah diambil sebagai usaha mengatasi kesesakan pelanggan yang datang memohon atau membaharui pasport sempena musim cuti sekolah.
OpenAI perkenal model o1 dengan kebolehan penaakulan, jawab soalan lebih kompleks
Model ini dilihat membawakan sokongan penaakulan atau kebolehan berfikir lebih baik berbanding model ChatGPT yang lain.
Trump tidak akan sertai satu lagi debat presiden bersama Harris
Trump mendakwa beliau memenangi debat yang dihoskan oleh ABC News di Philadelphia pada malam Selasa.
Perdagangan luar Vietnam dijangka pecah rekod pada 2024
Nilai perdagangan luar Vietnam dijangka melebihi rekod US$732 bilion yang dicatatkan pada 2022, berikutan trend peningkatan yang berterusan.
Tentera Laut Diraja Britain pantau kapal Rusia - Kementerian Pertahanan UK
Moscow menegaskan semua penerbangan pesawat Angkatan Aeroangkasa Rusia dilakukan dengan mematuhi peraturan ruang udara antarabangsa.
JBG diminta santuni, tawar khidmat pendamping kanak-kanak mangsa jenayah seksual - Azalina
Katanya, kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal-hal penindasan terhadap kanak-kanak kerana mereka merupakan generasi penerus Malaysia.
Dewan Negara: Kerajaan wajar gubal undang-undang khusus berkaitan diskriminasi
Kerajaan wajar mempertimbangkan untuk menggubal undang-undang berkaitan diskriminasi seperti Akta Anti-Diskriminasi, bagi menjamin keharmonian dalam kalangan masyarakat, Dewan Negara diberitahu.
Ahmad Dusuki akur aset TH tidak dijual kepada bukan Islam - Mujahid
Ia selepas Ahmad Dusuki menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan Putrajaya dalam kes saman fitnah yang dikemukakan.
'Pemikiran takfiri siyasi Pas burukkan imej Islam' - Mujahid
Pemikiran takfiri siyasi yang menguasai kepimpinan kerajaan negeri Kelantan akan memecahbelahkan masyarakat dan memburukkan imej Islam.
'Isu jual aset TH terbukti fitnah' - Mujahid
Isu penjualan aset Tabung Haji (TH) kepada orang bukan Islam terbukti adalah satu fitnah, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.
Mujahid tegas teruskan tindakan saman terhadap Pas
Menurut Mujahid, Pas disifatkan tidak serik dalam melakukan tuduhan rambang terhadapnya bagi memenuhi kepentingan politik.
PRU15: Saya terima kekalahan dengan lapang dada - Mujahid
Katanya, keputusan itu adalah kehendak pengundi di kawasan berkenaan yang ditunjukkan melalui peti-peti undi.
PRU15: Amanah hasrat tandingi kerusi milik Bersatu
Semua parti komponen boleh menuntut kembali kerusi yang diberikan kepada Bersatu pada PRU14.
Mat Kilau hero sebenar anti rasuah, pengkhianatan - Mujahid
Bangsa Melayu di negara ini perlu mengambil semangat Mat Kilau agar mereka bebas dari cengkaman para pendusta bangsa.
Soal PH ambil alih kerajaan belum timbul, selesaikan dahulu isu majoriti sokongan kepada PM - Mujahid
Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid berpandangan, perlu diselesaikan dahulu soal sokongan majoriti terhadap Perdana Menteri.
Kerajaan PN kini jatuh, kerajaan interim sebagai penyelesaian awal - Mujahid
Sekali lagi kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diperlukan untuk meralisasikan kerajaan yang kukuh, stabil