awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Negara lulus Belanjawan 2023

Bernama
Bernama
05/04/2023
10:23 MYT
Dewan Negara lulus Belanjawan 2023
Persidangan Dewan Negara pada Rabu meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) tanpa pindaan dengan lebih suara yang bersetuju. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara pada Rabu meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) tanpa pindaan dengan lebih suara yang bersetuju.
RUU itu adalah untuk perbelanjaan berjumlah RM388.10 bilion iaitu RM289.1 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM99 bilion bagi perbelanjaan pembangunan termasuk RM2 bilion sebagai simpanan luar jangka.
Ia diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.
Sebanyak 50 Ahli Dewan Negara telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan yang bermula pada 29 Mac lepas.
Sehari sebelum iu, Dewan Rakyat meluluskan RUU tersebut melalui undian suara majoriti.
RUU itu merupakan belanjawan pertama di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RUU Perbekalan 2023
#Belanjawan 2023
#Dewan Negara
#lulus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan