awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Negara lulus dua rang undang-undang

Bernama
Bernama
28/11/2023
15:02 MYT
Dewan Negara lulus dua rang undang-undang
Mustapha berkata pindaan tersebut jelas memulangkan hak kepada pekerja kerana mereka bebas memilih sama ada mahu menubuhkan atau menganggotai lebih daripada satu kesatuan sekerja. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023, yang antara lain bertujuan memansuhkan sekatan penubuhan kesatuan sekerja termasuk hanya membenarkan satu kesatuan sekerja dalam mana-mana industri pekerjaan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mustapha Sakmud, ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, berkata pindaan tersebut jelas memulangkan hak kepada pekerja kerana mereka bebas memilih sama ada mahu menubuhkan atau menganggotai lebih daripada satu kesatuan sekerja.
Beliau berkata ia menjadi prinsip di bawah Konvensyen 87 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) iaitu kebebasan untuk mewujud atau menubuhkan hanya satu kesatuan sekerja hendaklah diberi kepada pekerja tanpa sekatan undang-undang.
"Cuba tengok kedudukan di mana negara kita berada dalam konteks kesatuan sekerja ini, antara tertinggi ialah Iceland dengan 91.4 peratus, Denmark (67), Sweden (65), Jepun (16.8), Korea (12.4), Indonesia (13), Kemboja (9.6) dan Malaysia enam peratus sahaja," katanya sebelum rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Dewan Negara turut meluluskan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023 yang bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh integriti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad, ketika menggulung rang undang-undang itu, berkata tempoh jawatan anggota SPAN akan dipendekkan daripada 10 tahun kepada enam tahun selaras dengan suruhanjaya lain yang turut melaksanakan langkah sama.
Beliau berkata ia termasuk Suruhanjaya Tenaga Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia.
"Kita merasakan ada cukup kepakaran dalam kalangan rakyat Malaysia untuk kita panggil terlibat dalam (industri) air sebab industri ini sangat dinamik dan banyak berubah," katanya.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#Rang Undang-Undang
#Kementerian Sumber Manusia
#Mustapha Sakmud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan