KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga di Dewan Negara, hari ini.
Rang undang-undang itu memperoleh sokongan 49 senator masing-masing ketika belah bahagian pada bacaan kali kedua dan ketiga, sekali gus lebih dua pertiga persetujuan ahli Dewan Negara.
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim memaklumkan undi belah bahagian perlu dijalankan berikutan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan menetapkan pindaan rang undang-undang itu pada bacaan kali kedua dan ketiga memerlukan undi tidak kurang dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli Majlis Dewan Negara.
Beliau berkata tiada ahli dewan itu yang tidak menyokong rang undang-undang berkenaan selepas dua kali undi belah bahagian dilakukan manakala lima senator tidak hadir.
Rang undang-undang itu telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 14 Dis, dengan majoriti lebih dua pertiga persetujuan ahli Dewan Rakyat selepas memperoleh sokongan 200 Ahli Parlimen pada bacaan kali kedua dan 199 undi menyokong ketika belah bahagian pada bacaan kali ketiga.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata amalan meraikan Hari Malaysia pada 16 Sept hanya untuk Sabah dan Sarawak adalah kurang tepat, sebaliknya ia perlu diraikan oleh semua negeri.
"Saya akan bawa perkara ini ke Kabinet untuk meminta supaya tiap-tiap negeri meraikan hari itu (Hari Malaysia) di samping kita meraikan (Hari Kebangsaan pada) 31 Ogos yang ada juga dalam perlembagaan," katanya.
Seramai lapan Ahli Dewan Negara terutamanya dari Sabah dan Sarawak mengambil bahagian pada sesi perbahasan rang undang-undang itu.
Sementara itu pada sidang media, Wan Junaidi berkata dengan kelulusan di peringkat Dewan Negara hari ini maka pindaan perlembagaan berkaitan MA63 telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan kini menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum ia dilaksanakan mengikut undang-undang yang telah dipinda.
"Saya sangat berbesar hati kepada semua pihak. Kami yang berdiri di sini adalah sebahagian daripada sejarah untuk meletakkan Perjanjian Malaysia 1963 ke dalam perlembagaan, mengiktiraf Perjanjian Malaysia itu sendiri serta untuk Sabah dan Sarawak merealisasikan perjanjian-perjanjian yang terletak dalam Perjanjian Malaysia itu.
"Maka saya berterima kasih kepada ahli-ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat oleh kerana sokongan padu kepada rancangan kerajaan secara konsensus di pihak Sabah dan Sarawak dan juga persekutuan untuk merealisasikan harapan dan impian rakyat Sabah dan Sarawak, hari ini menjadi satu kenyataan, tidak ada halangan lagi," katanya.
Pindaan Perlembagaan Persekutuan itu dibuat bagi mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.
Rang undang-undang itu antara lain memberi manfaat yang dapat menjelaskan kedudukan negeri Sabah dan Sarawak dalam persekutuan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963, selain turut memberi pengiktirafan kepada perjanjian itu dalam Perlembagaan Persekutuan yang sebelum ini tiada rujukan dibuat Perlembagaan Persekutuan.
Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 melibatkan pindaan kepada:
i. Peruntukan Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan;
ii. Tafsiran the Federation di bawah Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan;
iii. Tafsiran baharu Malaysia Day di bawah Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan; dan
iv. Peruntukan perenggan (a) Fasal (6) dan Fasal (7) Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
BACA: MA63: Lebih 2/3 Ahli Dewan Rakyat luluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan
Bernama
Thu Dec 23 2021

Rang undang-undang itu memperoleh sokongan 49 senator masing-masing ketika belah bahagian pada bacaan kali kedua dan ketiga, sekali gus lebih dua pertiga persetujuan ahli Dewan Negara.- Gambar fail/BERNAMA

Dua beranak ditemukan mati dalam rumah
Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditemukan mati dalam sebuah rumah di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor, pagi tadi.

WHA | Malaysia sebagai Naib Presiden Perhimpunan
Malaysia akan mengambil tempat sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) secara rasmi pada Ahad.

10 Berita Pilihan - (22 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Australia Memilih | Bekas koperal polis dari Johor menang di Tangney
Berasal dari Johor, bekas anggota Polis Diraja Malaysia, Sam Lim menang di kerusi Parlimen Tangney, di Perth, Australia dalam pilihan raya pada Sabtu. Kemenangan mengejut itu menyaksikan calon Parti Buruh itu berjaya mengatasi Ben Morton, calon Parti Liberal dan sahabat rapat kepada bekas Perdana Menteri Scott Morrison.

Menuju Fasa Endemik | Yayasan AIDS Malaysia komited tingkat usaha perangi HIV
Yayasan AIDS Malaysia (MAF) komited dalam usaha menangani peningkatan kes penyakit HIV dan AIDS selepas negara beralih ke fasa endemik. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, sebelum ini pihaknya mengalami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan memberi laluan kepada mereka yang terlibat untuk membantu memerangi pandemik COVID-19.

Pembelian Aset | Tiada tempat untuk rasuah, ketirisan, pembaziran
Kementerian Pertahanan memberikan sepenuhnya kuasa kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menentukan hal-hal berkaitan pembelian aset baharu mereka pada masa depan. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia bagi memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan, pembaziran atau aktiviti rasuah dalam membekalkan sumber kewangan kepada ketiga-tiga agensi berkenaan.

Mikromobiliti | Garis panduan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan
Garis panduan berhubung penggunaan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan tidak lama lagi. Demikian jelas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung isu penggunaan kenderaan itu yang sering diperdebatkan pelbagai pihak.

Pemilihan PKR Sabah, Sarawak, Perak berlangsung lancar, terkawal
Pemilihan PKR 2022 peringkat negeri secara fizikal di Sabah, Sarawak dan Perak berakhir hari ini, dengan keseluruhannya berlangsung dalam keadaan terkawal.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Mei 2022.

Khairy Jamaluddin dilantik Naib Presiden WHA ke-75
Khairy Jamaluddin secara rasmi dilantik sebagai salah seorang Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 pada Ahad.

Rakyat Sarawak perlu bersatu suara kembalikan hak negeri - Abang Jo
Rakyat Sarawak diseru terus bersatu suara bagi meneruskan usaha mengembalikan hak negeri itu yang telah terhakis, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dewan Rakyat: Kerajaan terus komited laksana dasar Borneonisasi - Maximus Ongkili
Perkara berkaitan Borneanisasi ini termasuklah isu kelayakan elaun-elaun kepada anggota perkhidmatan awam yang lebih setara dan saksama.

MA63 asas kembalikan 1/3 kerusi parlimen kepada Sarawak dan Sabah - Hasidah
Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, tuntutan 1/3 kerusi parlimen wajar bagi mengembalikan hak berkenaan yang terhakis semasa Singapura keluar daripada Malaysia pada 1965.

Bukan mengagungkan, 'Premier' untuk iktiraf status Sarawak - Abang Jo
Jelas Abang Johari, pindaan ini perlu dilaksana bagi mengiktiraf status istimewa Sarawak yang telah dikembalikan selepas berkuatkuasanya Perlembagaan (Pindaan) 2022 selaras Perjanjian Malaysia (MA63).

DUN Sarawak: RUU bagi namakan semula jawatan Ketua Menteri kepada 'Premier' dibentang
Cadangan untuk menamakan semula jawatan ketua menteri menjadi 'Premier' bertujuan bagi membezakan kedudukan Sarawak dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

MA63: Langkah susulan tuntut hak Sarawak yang terhakis diteruskan - Hasidah
Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, pihaknya kini masih dalam proses meneliti dan membuat senarai perkara yang harus dituntut.

Kebajikan Sabah dan Sarawak serta agihan kekayaan perlu jadi agenda MA63 - Anwar
Persetujuan untuk memberi keutamaan kepada agenda tersebut adalah antara syarat termeterainya memorandum persefahaman dengan kerajaan sebelum ini.

Dewan Negara lulus pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63
Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga di Dewan Negara, hari ini.

Pindaan MA63: Bukti perjuangan GPS kembalikan hak Sarawak - Abang Jo
Rang Undang-Undang (RUU) pindaan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diluluskan Parlimen bukti perjuangan GPS jaga hak Sarawak.

MA63: Lebih 2/3 Ahli Dewan Rakyat luluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan
Perkara itu diputuskan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun selepas dua kali proses undi belah bahagian dilakukan, iaitu pada bacaan kedua dan ketiga RUU itu.