KUALA LUMPUR : Ahli-ahli Dewan Negara Pakatan Harapan (PH) menggesa Parlimen bersidang bagi membahaskan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat berkaitan seperti mana yang dititah Yang Di-Pertuan Agong.
Dalam satu kenyataan bersama, mereka menyatakan setuju dengan titah baginda bahawa pembatalan proklamasi dan ordinan tersebut oleh pihak kerajaan - secara tidak telus, tanpa melalui kedua-dua Dewan dan tidak mendapat perkenan Agong - adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan.
Mereka juga kesal apabila persidangan Dewan Negara yang dijadual bersidang pada 3 hingga 5 Ogos telah ditangguhkan dengan notis yang pendek tanpa mengikut peraturan mesyuarat Dewan Negara yang betul.
"Pihak kami juga menyatakan pendirian tegas kami untuk tidak bersetuju dengan sikap derhaka yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan yang membelakangi baginda dan Majlis Raja-raja," kata mereka.
BACA: Pembatalan Ordinan Darurat: Tidak timbul soal derhaka - Annuar
BACA: Agong zahir dukacita, pembatalan Ordinan Darurat dibuat sebelum perkenan Baginda
Pada masa sama, ahli Dewan Negara PH menegaskan, berdasarkan fakta bahawa hampir semua Ahli Parlimen dan kakitangan telah menerima dua dos vaksin COVID-19, pihaknya berpendapat Dewan Negara adalah selamat untuk bersidang.
Dalam satu kenyataan berasingan mereka menjelaskan:
"Kami juga dimaklumkan bahawa hampir kesemua (99 peratus) Ahli-ahli Dewan Negara dan kakitangan telah mendapat dos vaksin.
"Ini bermakna, kawasan Parlimen sudah mencapai 'herd immunity'. Jika terdapat kes COVID-19 sekali pun, ia tidak memudaratkan. Dewan Negara adalah tempat terbaik untuk memberi keyakinan kepada rakyat.
"Tambahan pula ke semua Ahli Dewan Negara telah menjalani ujian COVID-19 pada 30 Julai yang lalu," kata mereka dalam surat kepada Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim.
BACA: 16 Senator mahu Dewan Negara bersidang, perbetulkan keadaan di Dewan Rakyat
BACA: Prosiding PAC diteruskan meskipun berdepan cabaran memasuki bangunan Parlimen
Justeru, mereka percaya, Dewan Negara perlu bebas daripada "cengkaman pihak eksekutif yang tidak menghormati sistem demokrasi Parlimen dan Raja Berperlembagaan seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan."
Pada Ahad, Kementerian Kesihatan mencadangkan semua sesi mesyuarat di Parlimen termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Pilihan Khas Parlimen ditangguhkan untuk tempoh dua minggu bermula 29 Julai.
Nursyazwani Saiful Sham
Tue Aug 03 2021
Pakatan Harapan percaya Dewan Negara perlu bebas daripada 'cengkaman pihak eksekutif yang tidak menghormati sistem demokrasi Parlimen dan Raja Berperlembagaan.'
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang perlu penelitian mendalam - Azalina
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Tiada cukai baharu dalam tempoh terdekat - Kementerian Kewangan
Pada masa ini, fokus kerajaan adalah untuk meningkatkan pematuhan dan menambah baik sistem cukai sedia ada.
Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Banjir: Kerajaan hargai sumbangan swasta, korporat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada sektor swasta dan korporat atas sumbangan mereka dalam membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa negeri keti
Pemakaian peranti pengesanan, pengawasan bukan untuk semua penyakit berjangkit
Pemakaian peranti bagi tujuan pengawasan di bawah RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024, tidak terguna pakai untuk semua jenis penyakit berjangkit.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
Parlimen mahu ubah persepsi bersidang '70 hari setahun' sahaja
Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia akan bermula esok bagi memperjelas peranan menyeluruh institusi Parlimen dan Speaker di negara ini.